Pelangi Jingga Berpuisi
HAK CIPTA TERPELIHARA "PUSPA CENDANA QZH" Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, PUSPA CENDANA QZH. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.
Ahad, 30 Januari 2011
Hati
sebentuk permata telah ku jumpa,
terhampar di kedalaman jiwa,
mengerti setiap apa yang dirasa..
adakah ia duka atau sebaliknya..
itulah .. hati dan nurani ..
yang sering melakar memori !
:indah hati dari indah budi -
Adam Dan Hawa !
kala samudera maya tercipta ..
tika Adam dan Hawa di lontar ke dunia
menghambat cinta setia..
di petala langit yang penuh rahsia ..
kekuasaan Dia mengatasi segala !
kenapa kita masih terleka ?
di buai asmara dunia penuh dusta !
menghangat gelora
mencalar segala keimanan di dada ..
: dibuai arus kota yang leka ..
Sabtu, 29 Januari 2011
Penyairku
bila rinduku tanpa sedar menyala
menjadi api kasih
membakar kujur diri tanpa henti
sehingga yang tinggal hanya hati
dengan satu impi
bahawa engkau dan aku
menjadi satu diri
yang abadi..
penyairku,
tintaku hilang warna
pada lidah puisimu yang basah
aku tercari-cari sulaman makna
kalau-kalau ada cebisan cinta
yang mengalir bersama ke pelabuhan sepi
dan kau ada di sana
tika aku bertafakur dalam sejat yang Agong
dan kita pun menghanyut
pada cahaya bulan biru !
Khamis, 13 Januari 2011
Malam ..
malam yang kian getir
bersama deru angin selat tebrau
membawa bisikan ke kamar kelam
setelah keringat siang menunggu
bila tabirnya di singkap ..
senja melabuh sauh malam..
maka berteriaklah unggas ..
"selamat datang malam"
wajah itammu ku rindu
penuh dendam ...
malam...
hadirmu bagai terisi jiwa kosongku
menyuntik berahi cintaku..
pada Dia ..
selamat datang malam
yang hitam ...
:dendamku padamu malam...
Ahad, 9 Januari 2011
Luahan ..
tika melakar tinta di maya
terasa sebal dalam dada
yang mengocak rahsia sukma
memendam dalam ceria..
dalam tawa...
terasa kembang dijiwa..
macam ..bebunga seroja..
yang memutih..di tepian pusara..
yang wangiannya..semerbak..
menusuk ke dada hawa..
kalau benar bagai di kata..
sungguh rasa teruja !
de belai dan de manja..
olih seorang jejaka..
yang mirip hang tuah perkasa !
sungguh bahgia !
:olahan rasa
puspa cendana
Labels:
KASIH
Engkau ..
Engkau ..
tunjukkan aku jalur cahayaMu..
agar bisa aku melihat bayangku yang tegak berdiri ..
tanpa terhalang olih hijab yang tebal !
Engkau ..
dekat padaku wahai Kekasih !
jangan tinggalkan aku ..sendiri membeku ..
tanpa hala tuju ..
dan , tusukkan kerinduan di qalbu..
agar syahadahMu ..membasah di kucup bibirku !
Engkau ..
alirkan khusyuk tawaaduk di jeliran rasaku
biar beruntaian samudera airmata..
membasah di sejadah taqwa..
hanya untukMu wahai Kekasih ..
:dalam getar sukma yang terfana'
puspa cendana
Labels:
Tuhan ..
Jumaat, 24 Disember 2010
Jangan Biarkan Aku ...
jangan Engkau tarik tabir unggu dari rinduku
nantinya akan tersiksa menanggung derita
yang menyesak dada kerana
cintaku padaMu enggan berganjak..
walau setapak !
hari demi hari berlalu..
terlalu pantas..
hingga warna putih yang memutih di ubun..
terserlah tanpa rahsia ..
itu petanda, duniaku hampir ke hujungnya..
saat ini bahgia menggetuk kamar dada
kerana aku tidak dipinggirNya !
dalam melewati..batas-batas senja
karomah Dia begitu mendekat..
hingga qalbu terpikat
erat !
Langgan:
Catatan (Atom)