Ahad, 20 Disember 2009

RINDU BERTAMU DI KALBU

Terusan cinta yang berliku dengan deduri tajam,
bersilangan kaca, berderai di kiri kanan,
menuju ke muara kasih yang berselut rindu,
yang kelabu, yang unggu , yang biru...
perit getir meredah belukar dan badai resah,
menongkah gelora gundah...
dengan denyut nadi hampir terhenti..
mencari sang rindu yang bertamu di kalbu...

indah nian semarak rasa...
bergayutan gelora ria,
yang terpendam sepi sekian lama..



: Puspa Cendana