Dalam kemarau yang panjang
kan kita carik-carik bumi yang kontang..
agar, ada kesuburan tika bumi disiram hujan..
Dalam helaan nafas yang menyesak dada,
tika kemelut bergolak di belantara rasa..
badai meranap harapan yang masih bersisa..
Begitu sukar mencari langkah ..
kerna..di depan onak duri betingkah..
:p.c @ p.a
HAK CIPTA TERPELIHARA "PUSPA CENDANA QZH" Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, PUSPA CENDANA QZH. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.
Sabtu, 22 Mei 2010
Jumaat, 21 Mei 2010
Dan..akhirnya
Hamparan telah ku tebarkan
untuk menyambut kunjunganmu tuan,
begitu kau telah menjejakku
dari ujung ke ujung...
hingga ke nuansa semesta...
Di kaki pelangi aku menunggu
bila bulan biru akan merayu
di semilir malam yang membisu..
di syup kejauhan terdengar..
pungguk berlagu rindu...
engkau kah itu?
atau akukah yang keliru..?
biar hasrat yang tersirat..
menjadi kalimah yang tersurat..
:p.c @ p.a
untuk menyambut kunjunganmu tuan,
begitu kau telah menjejakku
dari ujung ke ujung...
hingga ke nuansa semesta...
Di kaki pelangi aku menunggu
bila bulan biru akan merayu
di semilir malam yang membisu..
di syup kejauhan terdengar..
pungguk berlagu rindu...
engkau kah itu?
atau akukah yang keliru..?
biar hasrat yang tersirat..
menjadi kalimah yang tersurat..
:p.c @ p.a
Langgan:
Catatan (Atom)