Ahad, 30 Ogos 2009

SEPASANG SELIPAR JEPUN

Sepasang selipar jepun
yang menjadi khadam setia
bila di tunggang oleh se pasang kaki
melangkah pergi menyuci diri
tuk menghadap Ilahi

Sepasang selipar jepun
tidak mengenal siapa tuan siapa khadam
tetap diam membisu
walau ia di seret kasar
ketika tuan mengejar waktu

Sepasang selipar jepun
memang di dunia kau di bawah telapak kaki
tetapi di akhirat nanti...
kaulah penyelamat dari api
kerana kaulah akan menjadi saksi!!!!

:PC (agar ianya memberi manafaat pada aku dan kamu)

Jumaat, 21 Ogos 2009

KOTAK KOSONG

Sebuah kotak kosong tergolek dalam kolek
dengan kepayahan mengimbang diri
terolang -aling bagai angin semilir
yang menerjah ke mana saja ...

Sebuah kotak kosong...
memang kosong!!!
tiada apa...
lompong..
bila di lambung
mampung..

Aah..
engkau si kotak kosong
bagaimana bisa kau mencapai impian?
sedang kau tiada apa!
kosong..
lompong..

Sebuah kotak kosong
barunya di harga
buruknya di cela..


(cetusan rasa yang kosong)
:puspa cendana

Khamis, 20 Ogos 2009

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN AL MUBARAK!!!

Ahlan wa sahlan !!
Ya Ramadhan Al Mubarak..
ku tunggu dikau dengan penuh rindu
yang mengebu
yang terpendam
dalam gelungan jiwa...

se purnama kau pergi..
dengan wangian rahmat Ilahi
kau taburi..
bagi kami seluruh Muslimin..
yang telah kau titip di setiap malam barakahmu..

kini..
kau mengiliri lagi selepas Syaaban yang berlalu pergi..
dengan seribu fadilat ke agongannya...
kedatanganmu sungguh aku ternanti
di setiap detik membilang saat ...
bagi diri ini berada dalam dakapan malammu
mencari nikmat lailatul qadar penghulu segala malam..

Ya Karim,
Ya Latif,
Ya Zaljalalilwaliqram...

padamu aku mohon karomah cintaMu
limpahkan rahmat dan ikhsanMu yang tidak bertepi
agar pada Ramadhan kali ini akan terpancar
kemilau dan wangian dari hamba-hambaMu
yang menyungkur sujud
pada kaki malam mengabdi diri
menyuci hati dari karatan dan kedungguan
dan dari lemas dalam lautan kejahilan....

(cetusan ilham dari kekaburan yang suram)
:PC

Khamis, 6 Ogos 2009

KENANGAN SEMALAM...

Pada retak-retak hati ini
terlukis sebuah kenangan semalam
yang berkisar dalam desiran waktu

tika itu indah hidup bagai di sorga
sambil membilang dedaun rindu yang membara
dalam julangan api cinta kasih kita
lalu lena bersama sepoi angin kutub utara
dan..bersemarak wangian mawar yang merah menyala

kau...dalam bisikan penuh manja
berkias pada geseran puisi syahdu penuh irama dan lagu
mendayu...aku terkaku.....

tersedar dari lamunan....
terurai untaian mutiara dari kelopak mata...
membening rasa ...dalam helaan nafas
bahawa ....jejakmu akan ku cari serata dunia...


:puspa cendana

PUISI BUAT SEORANG SAHABAT...

Salam buatmu sahabat2ku...

Dalam sebak yang mengetir aku bersyukur
kerana Dia mengurniakan aku permata-permata
dari lembah kasturi...
menghening dan mencanai seluruh sukmaku..
hingga mengalir darinya bibit-bibit kasih
yang bisa menjernih cerminan hati yang hitam
yang kusut, yang gundah malah yang kian malap..
di mamah waktu...
Tuhan!!!!....
Agongnya kuasaMu....
tika longlai kakiku dalam derita merembat cinta dusta...
Kau datangkan aku para sahabat yang sangat setia..
ia bagai penyembuh segala duka,
Sahabatku...
andai waktu bisa di putar semula...
kan ku bina sebuah tugu...
yang akan ku tulis dengan tinta syahdu...
bahawa kamu adaalah sahabat-shabat yang aku tunggu!!!

:Sebuah garapan istimewa buat seorang yang bernama sahabat
dari QZH...

Isnin, 3 Ogos 2009

...DAN TIKA CINTA BERTASBIH RINDU...

Debar hatiku melibas dinding rasa..
pada belai elus mulus kasihmu..
ada getar...ada gusar..
berlegar dalam dada...dalam kalbu..
aku jadi tidak menentu..
kamu juga begitu?
tika cinta bertasbih rindu..
balik awan nan kelabu..
kita bersama menderap langkah..
berdansa atas pentas berkaca...
dalam keasyikan membara..
tanpa peduli tusukan tajam menikan..
dalam rona kelam meng-itam...
kita simpul segala-gala ikatan..
menjadi kukuh..!!!
teguh...
bagai sebuah arca..
yang tidak bernama...

(by: puspa cendana)