Memaparkan catatan dengan label KASIH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KASIH. Papar semua catatan

Ahad, 9 Januari 2011

Luahan ..


tika melakar tinta di maya
terasa sebal dalam dada
yang mengocak rahsia sukma
memendam dalam ceria..
dalam tawa...
terasa kembang dijiwa..
macam ..bebunga seroja..
yang memutih..di tepian pusara..
yang wangiannya..semerbak..
menusuk ke dada hawa..
kalau benar bagai di kata..
sungguh rasa teruja !
de belai dan de manja..
olih seorang jejaka..
yang mirip hang tuah perkasa !
sungguh bahgia !

:olahan rasa
puspa cendana

Ahad, 28 Februari 2010

Dan....kasih pun bertaut...

Pabila sinar menjadi sirna
terbukalah mata hati
menghadirkan dia...
di dalam diri...

Dan kasih pun bertaut
pada rindu yang melebur warnanya
menjadi cairan kasih
yang hangatnya kita tadah bersama...

Gemercing..irama tari
atas pelangi yang setia
menjadi pentas..
tika kita menyulam resah
pada asmara yang gundah...
menyala..


: Puspa Cendana

Khamis, 12 November 2009

KELMARIN.....YANG KITA LALUI

Kelmarin,
ada bunga yang kita hidu bersama
mengelus kelopak seloka..
menyebar wangi..
ke angkasa,
dengan senyum dan tawa..

Kelmarin,
ada jemari kita bersulaman
pada jalanan panjang..
di taman-taman
penghidupan..
menghirup bahagia,
serata dunia..

Kelmarin,
ada rindu yang kita gubah
bersama dari bebatuan kasih..
yang kemilau,
kita ukir dan larik dengan setia..
ke seluruh semesta..

Hari ini,
aku tiba-tiba..sendiri..!!!
di jengah sepi,
menahan pilu di hati
menadah air mata..
yang hangatnya,
kau tahu..
pedihnya ..kau rasa...

Kerna darah
rindumu
tidak se unggu..
dulu !

:dari dia yang mengetuk kamar hati >pc<

Khamis, 6 Ogos 2009

PUISI BUAT SEORANG SAHABAT...

Salam buatmu sahabat2ku...

Dalam sebak yang mengetir aku bersyukur
kerana Dia mengurniakan aku permata-permata
dari lembah kasturi...
menghening dan mencanai seluruh sukmaku..
hingga mengalir darinya bibit-bibit kasih
yang bisa menjernih cerminan hati yang hitam
yang kusut, yang gundah malah yang kian malap..
di mamah waktu...
Tuhan!!!!....
Agongnya kuasaMu....
tika longlai kakiku dalam derita merembat cinta dusta...
Kau datangkan aku para sahabat yang sangat setia..
ia bagai penyembuh segala duka,
Sahabatku...
andai waktu bisa di putar semula...
kan ku bina sebuah tugu...
yang akan ku tulis dengan tinta syahdu...
bahawa kamu adaalah sahabat-shabat yang aku tunggu!!!

:Sebuah garapan istimewa buat seorang yang bernama sahabat
dari QZH...

Rabu, 15 Julai 2009

GUNDAH

Bersama desir angin Selat Tebrau
ku kirim rindu bersalut unggu
balik awan kelabu ku inti
ia berlalu......

dalam resah yang membakar gundah
apakah mungkin kasih kitakan bersatu..??
sedang kau jauh di ufuk waktu
membenteng diri dalam teleku..

wahai engkau...

dengarlah desis sukma rinduku
bagaimana bisa aku meleraikannya?
pada angin yang lalu...
atau pada awan yang kelabu..?


;puspa cendana~qzh~

Isnin, 13 Julai 2009

KAU DAN AKU

Kau dan Aku....
saling menyukai...
dalam kemelut rindu
yang melilit kalbu

kau dan aku
melurut resah
yang kian mendesah
pada bahang api cinta
menjulang...
kita sirna bersama...
dalam semarak
asmara bergelora....


;puspa cendana ~qzh~

Ahad, 28 Jun 2009

GUNDAHKU DI UJUNG BENUA...

Bagaimana dapat aku berdansa bersama
jika gundahku terlontar di ujung benua
lalu tidakkah itu menambah luka di dada?
sedang engkau dalam rindu yg membara?

Dalam remang senja , aku sering berduka
mengapa takdir memberatiku setiap ketika...
di balik tabir jingga yg penuh rahsia
aku menyelubungi diri
dalam teleku tafakur
mencari kesejatian hakiki
namun rencam berduri yg kutemui...

Aah engkau....

Pelarianku sudah ke penghujung
andai ada sisa2 penghidupan
biar aku bersimpuh di ujung malam
pada Dia aku lurut segala rindu dendam
menghiba pada hangat air mata..
dengan luka yang terpendam..!!


;qzh~puspa cendana~

Sabtu, 27 Jun 2009

HULUBALANG KASIH 6

kau membayar harga mahal
utk menjadi hulubalang kasihku
andai awan putih...
tetiba berubah kelabu..??
bagaimana setiamu itu....

aku masih di balik bayangan semalam
mengintai hulubalang mempamir wajah
menanti sinar rindu pada relung waktu
mengitari wangian cinta
di kaki pelangi
dengan kuntuman kasih
mekar di dada....

;qzh~puspa cendana~

HULUBALANG KASIH 5

begitu jitu kasih berpadu
menjadi hulubalang pembunuh seteru
walau ribut taufan melanda
tak gentar petir begegar
mengatur derap silat fansuri
dengan bunga-bunga kasih di hati

di depan melintang onak dan duri
di pantai ombak menghempas ke bebatuan
menanti kerikil tajam yang menikam
sanggup kau membelah badai?
merentapku ke pintu
dari jentayu berkepak biru?


;qzh~puspa cendana~

HULUBALANG KASIH 4

Akulah hulubalang
tempikku mengetar awan
pekikanku mengegar bumi

Hilangku mencari kudrat
bagi menambah tenaga sakti
di tambah lagi tongkat ali

Apa yang datang
yang bergolek
yang melayang
akan ku terkam

Biar apa terjadi
kita sama2 berjuang
biar caranya berbeda

(tinta Deel A)
;qzh~puspa cendana~

HULUBALANG KASIH 3

Benarkah kau hulubalang juang?
yang terhunus dengan pedang kasih?
lalu kemana kau..bila aku tersisih...
dalam caturan gema kasih????

adakah kau hulubalang juang?
yang sanggup kemedan perang
membelah ombak
meredah badai
yang tersedia jeram tajam
merintang di depan?

adakah kau hulubalang juang
menghunus pedang kasih?
sanggup membunuh si perayu?
yang berkepak biru?

andai itu kamu
hadirlah dalam hidupku
akan ku tunggu kamu
di muka pintu
dengan penuh rindu
yang terlalu......!!!!


; qzh~puspa cendana~
~untuk Deel A~

HULUBALANG KASIH 2

Puspa...

akulah sebenarnya hulubalang
dengan pedang dan keris terhunus
sedia untuk berjuang

akulah sebenarnya hulubalang
walauapa mendatang aku tetap berjuang
kutusuk kutebas
tinggal tulang belulang

akulah sebenarnya hulubalang
yang berjaya di medan perang
yang akan di sambut dengan riang
yang mana si Puspa akan menanti pulang

(hasil tinta Deel A utk PC)

;qzh~puspa cendana

Khamis, 25 Jun 2009

HULUBALANG KASIH

Kau adalah hulubalang juang
yang menghunus pedang kasih
bagi menyulam rindu
yang menerawang di ufuk waktu

aku tetap setia menunggu kamu
walau malam mula meng-itam
walau awan kelabu mula kelam
dalam bayangan suram

pun biar hujan malam mula menitis
pada tadahan hangat di hati
aku masih tetap di sini
menanti kamu dgn rontaan
yang mengasak
dalam naluri yg hampir
meledak.....



;puspa cendana @ qzh

Jumaat, 12 Jun 2009

OHH KAMU ....OHH AKU..!!!!

Pada bening malam yang kelam,
tika itu kita sama2 menyepi seketika,
mengingati kembali ...
kenangan jingga,
yang mula tersimpul dalam kotak minda,

bertapa ...
aku ingin dedekati,
tuk mengetahui rahsia tersembunyi....

lalu...
jalaran jingga pun bertukar ungu..
terhamparlah kuntuman mawar kasih..
bak sutera...
yang mula merona dalam jiwa..

ohh kamu!
ohh aku!

begini takdir menghampiri kita,
kerna padanya ada makna,
yang penuh rahsia berganda...!!!

akan aku ikut arus tali takdir,
biar ia sampai ke ujung peng-idupanku.

kepada kamu yang aku rindu...
tunggu lah takdirmu dan takdir aku..
bersatu..!!


lalu pada detik itu,
memusar getar seluruh
urat darah menghambur di awangan,
lantas bertukar kepulan kabus,
yang mencorak warna-warna pelangi,
dalam dada...



:QZH

Isnin, 8 Jun 2009

BALIK TABIR KELABU

siapa yg memanggil Pengiran Dara' Shikoh?
dari suara jauh
balik jendela ungu?

aku.....yang memanggil nama itu....
ye...dari kejauhan..
di balik tabir kelabu,
dgn berhijab ungu,
yg kabur dari pandangan mata....
aku....yang memuja wajah itu...
dalam kerdipan hati yg menyala..
pada rona jingga yang mengila,
kenapa??
tidak kah kau gembira???
aadanya aku yg memujamu...
jika begitu...
biar aku berlalu....
maafkan aku jika selama ini...
aku menganggumu...


~pc qzh~

MENUNGGU

"Tidakkah kau mendengar...
suaraku memanggilmu..???
di balik mendung awan kelabu??
apakah kau tidak menoleh kesisi....
bersama bebayang mu aku berdiri...?
meninggalkan aku....
berseorang diri...
jangan biarkan aku menunggumu..
saban hari.....



~pc qzh~

Ahad, 7 Jun 2009

KETERASINGAN

Dalam keterasingan ,
menyendiri sepi,
mengusut kemelut,
dalam rangkai jiwa,
melanda ....
badai resah yang semalam,
merusuh...luluh,
hingga ketepian...
lalu apa lagi yang tinggal?
hanya sebuah cendana,
yang di lilit api kerinduan,
hingga membakar ....
jalur rintangan,
pada satu pertemuan..!!!

RINDU

Sayang...
memang benar aku sdg merindu..
merindukan sang pungguk..
yg terbang di angkasa..
mengharapkan bulan jatuh keriba..
apakah itu kan jadi nyata???
Sayang...
andai kau adalah pungguk itu...
bersediakah kau menyambarku..
membawa aku berlalu...
ke suatu tempat utk di tuju...


~pc qzh~

MEMBISU LAGI??

Aku bagai tersejat kedinginan,
menadah kehangatan,
dalam rona senja yg kian menjingga,
dan kau....
tidak betah bersuara...
mengapa???
membiar aku di balut luka,
yang bernanah di jiwa....
sungguh aku teronta,
dalam kedapan maya,
lalu menerawang,
ke ufuk sana


~pc qzh~

Ahad, 31 Mei 2009

MEMBURU RINDU YANG KELABU

Biar ombak dan badai menghempas ...
ke bebatuan...
demi agongnya kasihku padamu,
rela aku merempuh segala jurang..
yang melintang di depan,
agar bisa aku mengamit rindumu nanti,.
dan ku simpan dalam kotak kenangan,
dengan setiap derap langkahmu,
tuk turut mendekatiku,
bersama menari di atas pelangi...
pun lenyaplah segala lelah,
dalam memburu rindu yg kelabu,
di bawa angin dari selat tebrau...
ke kuala .....ke utara.....lalu...
terdampar ...di muara,
bersama cebisan cinta di jiwa!!!