Jumaat, 12 Jun 2009

OHH KAMU ....OHH AKU..!!!!

Pada bening malam yang kelam,
tika itu kita sama2 menyepi seketika,
mengingati kembali ...
kenangan jingga,
yang mula tersimpul dalam kotak minda,

bertapa ...
aku ingin dedekati,
tuk mengetahui rahsia tersembunyi....

lalu...
jalaran jingga pun bertukar ungu..
terhamparlah kuntuman mawar kasih..
bak sutera...
yang mula merona dalam jiwa..

ohh kamu!
ohh aku!

begini takdir menghampiri kita,
kerna padanya ada makna,
yang penuh rahsia berganda...!!!

akan aku ikut arus tali takdir,
biar ia sampai ke ujung peng-idupanku.

kepada kamu yang aku rindu...
tunggu lah takdirmu dan takdir aku..
bersatu..!!


lalu pada detik itu,
memusar getar seluruh
urat darah menghambur di awangan,
lantas bertukar kepulan kabus,
yang mencorak warna-warna pelangi,
dalam dada...



:QZH

1 ulasan: