Selasa, 21 Julai 2009

HIDAYAH

Kita berkelana seketika
dalam mengitari liku-liku
rencam berduri..
mencari tiang seri
pada wujud diri....

ketika kesamaran rasa
melonjak di dada
mengetuk kubah pancaindera...
lalu terbuka hijab....
menyinar kedungguan minda....
ibarat kerdipan bintang
bertaburan.....
di seluruh semasta...

maka muncul cahaya...
pada cermin diri...
membelit lilit
pada qalbu nurani....
bahawa itulah hidayah...
dari Ilahi..!!!

Allah Hu Akbar !!!
Allah Hu Akbar !!!
Allah Hu Akbar !!!


; puspa cendana ~qzh~

Isnin, 20 Julai 2009

BAHAGIA YANG MASIH BERSISA?

Dalam menungan panjang
pada salam terakhir
sambil meraup wajah
penuh insaf....
dinding resah berkocak semula
pada getar di dada
ada lukisan hiba
terhampar di sukma
lalu gugur....
setitis ....setitis...
membasahi jubah....
tanda sesalan yang melanda..
terlalu...
Oh..Dia
Oh..Aku
sucikan kotoran diri
agar terpancar semula sinar iman...
dari jiwa...
dan..kembalikan semula bahagia yang ..
masih bersisa.....

:puspa cendana ~qzh~

Rabu, 15 Julai 2009

GUNDAH

Bersama desir angin Selat Tebrau
ku kirim rindu bersalut unggu
balik awan kelabu ku inti
ia berlalu......

dalam resah yang membakar gundah
apakah mungkin kasih kitakan bersatu..??
sedang kau jauh di ufuk waktu
membenteng diri dalam teleku..

wahai engkau...

dengarlah desis sukma rinduku
bagaimana bisa aku meleraikannya?
pada angin yang lalu...
atau pada awan yang kelabu..?


;puspa cendana~qzh~

Selasa, 14 Julai 2009

LURUH...DALAM RESAH..

Pada dia yang sering mengintai...
balik dada malam,
mengores senyum dalam lirik
penuh makna..
sedang aku termanggu lena
menanti kerdipnya..
bintang kejora yang menyilau...
lalu...kedengaran derap langkah..
mengitari berkeliling..
sambil mengusap lembut
daunan rindu yang meng-unggu
dan aku...
luruh...dalam resah..
dalam dingin malam yang kelam..
wangian dari dupaku menusuk..
memuja malam..
biar basah jubahmu..
biar berputar bumi..
dalam relung maya...
aku...
tetap menyulam sepi..
menanti..


;puspa cendana~qzh~

Isnin, 13 Julai 2009

KAU DAN AKU

Kau dan Aku....
saling menyukai...
dalam kemelut rindu
yang melilit kalbu

kau dan aku
melurut resah
yang kian mendesah
pada bahang api cinta
menjulang...
kita sirna bersama...
dalam semarak
asmara bergelora....


;puspa cendana ~qzh~

Ahad, 12 Julai 2009

TINTA RINDU

Senja nan jingga yang melabuh tabir
pada kaki malam yang kelam
lalu beransur pekat bukat....meng-itam

lakaran tinta rindu mula mencarik rasa
menari...terus menari
berpusar gegar....berkeliling

sambil melentuk pada birai hati
membelai kasih dalam cerminan diri
menaakul makna tentang kesejatian..

sehingga kontang tasik harapan
yang tinggal hanya debu-debu impian
bersembunyi di balik kelam malam....

dan rona-rona unggu, kelabu dan biru..
berlalu bersama cengkerik yang membisik
dalam degup-degup helaan nafas yang gemersik...


;puspa cendana ~QZH~

Selasa, 7 Julai 2009

HILANG.....

Hening,
dingin,
kaku,
membeku.....

teleku dalam dunggu
mencari arah di tuju
hilang.....

bias membias
menongkah arus
berlabuh pada ....
dermaga hati
menyepi..

dalam pekat malam
berbalam,
kelam.....


;qzh~nim~

Khamis, 2 Julai 2009

ARCA TAK BERNAMA

Pada kamu archa tak bernama
dalam terik mentari yang memancar
aku hilang pandangan
dalam kotak ingatan
berbaris sebuah tinta unggu
yang padanya ada wangian rindu
hingga aku nanar
balik awan kelabu
berpusar, getar...
bagai derap dansa
mencipta lagu..
semarak dalam gema kasih
lalu.......
kelabu pun bertukar biru
pada rindu yang terlalu....

;Puspa Cendana ~ph~