Khamis, 2 Julai 2009

ARCA TAK BERNAMA

Pada kamu archa tak bernama
dalam terik mentari yang memancar
aku hilang pandangan
dalam kotak ingatan
berbaris sebuah tinta unggu
yang padanya ada wangian rindu
hingga aku nanar
balik awan kelabu
berpusar, getar...
bagai derap dansa
mencipta lagu..
semarak dalam gema kasih
lalu.......
kelabu pun bertukar biru
pada rindu yang terlalu....

;Puspa Cendana ~ph~

6 ulasan:

  1. salam puspa
    kau bijak bermain dengan warna dalam puisimu
    tak lekang antara biru, unggu dan jingga
    kali ini siapakah arca yang tidak bernama itu...boleh ku tahu?

    BalasPadam
  2. Hai puspa.. just Nice.
    Tinta dari malaikat dara memang mengasyekkan

    BalasPadam
  3. salam dari wilayah separa sedar...

    aku rasa berkemungkinan aku memahami atmosfera ketika terwadahnya lamunan-lamunan arca ini...tiada jauh bezanya antara bintang dan kebun...terusan ke arca mahupun melankoliknya warna-warna...hanya kita (sebenarnya aku) yang meraikan kehibaan yang digambarkan dengan penuh 'kebahagiaan'...ringkas kata memutihkan yang hitam...

    *tetap terus melambaikan tanda aman*

    BalasPadam
  4. salam faziz...itulah warna-warna tema dalam
    "pelangi Jingga Berpuisi"..makanya ia pasti ada
    walau tidak di sengajakan..dan sesiapa mungkin
    boleh menjadi arca tak bernama...jika kamu ...bagaimana??

    BalasPadam
  5. Si Pekik A.K.A Si Pekak ....salam untuk kamu..
    mengapa kamu memanggil aku malaikat dara???
    pelik saja bunyinya...

    BalasPadam
  6. Angkatan GPSSP-81 ...salam juga buat kamu atas
    kesudian menjengah seebentar di mahligai jingga..emmm...kamu benar-benar memahami apa yang tersirat di balik yang tersurat??

    BalasPadam