Jumaat, 24 September 2010

...entah bila surutnya lautan rasa ...

pada sandiwara yang tercela
dek enggan bersuara
lantas hukuman ditujah bertimpa ?
jangan ..
di untaian hiba yang melanda
barangkali ada kocakan di dada ..
yang kemelutnya berselut di muara ..
entah bila surutnya lautan rasa ..
hingga gelora jiwa
seakan menghempas..
ke gigi kecewa ..
ada ketika rindu ini menolak.
memberontak ..
minta di lepas ..
agar bisa ia bertamu kembali
di persisiran hati ..
tunggulah !
wahai rindu yang SATU !


: puspa cendana

Jangan biarkan rindumu karam diulit mimpi ..

hitam
putih
jingga ... menyapa
kelabu ... suram
rindu berbalam
segunung kasih
selautan sayang
biar ia tenggelam
di tasik hatimu..
andai rindumu terlalu...
segeralah..
segeralah kau asapi dupamu..
serulah namanya..
pasti ia menjelma...
dalam mimpi... saat kau lena !

: puspa cendana

Rindu membadai di tebing setia !

jalur jalur pelangi rindu yang teranyam
di gigi senja ...
terlukis di laman hati ..
kukuh bagai sebuah arca ..

tika daun hati mula keliru
jendela rasa kian termanggu
teraba raba menakul rahsia
pada hasrat yang sering keliru

hembusan rindu memalu
membadai tebing setia
hingga yang tinggal..
tadahnya air mata...
yang hangatnya kau riba..
yang pedihnya ..
tembus ke dada !

: puspa cendana

Seraut wajah tanpa rasa ...

pada wajah dingin ini..
masih adakah yang ingin
melihat ?
kerna wajah yang tidak berupa ..
atau seanggun bulan purnama ..
tidak juga sejelita artis ternama ..
tentulah tidak dapat kau bayangkan ...
andai paras rupa menjadi gilaan ..
potret yang ingin kau rindukan
adalah sebuah arca usang ..
yang terbelenggu dalam putaran waktu !

lukislah dalam bening dadamu..
seraut wajah yang tiada rasa ..
hambar ..
dalam racikan rona jingga
hingga kabur pandangan mata !

: puspa cendana

Potret Perindu

cerminan wajah mengimbau sepi
suram kelam pada dinding malam
bulan tersenyum sendiri
menyuluh rahsia hati..
kala diulit sunyi !

sekeping potret muram
menghiba di lirikan mata
menterjemah segala duka
tercincang lumat di dada rasa ..
itulah paras rupa..
seorang perindu yang setia !


:puspa cendana

Khamis, 23 September 2010

"keheningan"

Di keheningan ini !
ada rasa damai yang mengocak hati
seolah membisik..
"tenanglah wahai empunya diri.."
kau kini qiam dalam sedar !

Di suatu lorong keseronokan duniawi
ada pesta yang mengamit naluri insani
menjadi hitam pekat seluruh jasadi !
mati ...

Kembalilah !
ke kiblat dan bercermin pada syumul hakiki..
bahawa saat pertemuan akhir
pasti !

:pc

Luruhnya daunan hasrat...

oh .. jiwa yang hangat membara
jangan kau biar rindumu menerawang tinggi
kelak tak terkait oleh rindu yang lain
pada musim-musim luruhnya daunan hasrat

pada kerlingan ekor mata
tersorot seribu bahasa
yang kau tahu..itu siapa...
depanglah rasamu ...jejaklah walang rindu itu...
di perhentian waktu ia menunggumu !

nanti ...rindu yang kau simpan..
bahagia yang kau dambakan
akan berpadu dalam asakkan kemesraan..
bersama puput bayu ...
yang menghembus rasa dari setiap penjuru !


:p.c