Khamis, 23 September 2010

"keheningan"

Di keheningan ini !
ada rasa damai yang mengocak hati
seolah membisik..
"tenanglah wahai empunya diri.."
kau kini qiam dalam sedar !

Di suatu lorong keseronokan duniawi
ada pesta yang mengamit naluri insani
menjadi hitam pekat seluruh jasadi !
mati ...

Kembalilah !
ke kiblat dan bercermin pada syumul hakiki..
bahawa saat pertemuan akhir
pasti !

:pc

1 ulasan:

  1. Telaga kepada Bintang

    Aku tahu akan tersembunyinya telaga
    yang airnya amat jernih sekali.
    namun berhati hati!
    kerana pada pintu masuknya tergantung pedang yang berapi.
    segelintir sahaja yang menemui Telaga ini
    atau mengetahui Rahsia nya;
    hanya terdapat dua jalan untuk sampai ke tempat itu.
    dari puncak Gunung yang luas kita harus mencari
    curam kepada visi sebuah Delta Hutan Kayu di mana
    tumbuhnya Pokok Keabadian,
    atau kita mungkin mengembara merentasi Lembah
    diantara Bukit Bukit Gading – jika kita tiada takut akan
    bayang bayang jingga dan juga jatuh dalam tebing-hitam.
    dari Awak kami datang; kepada Awak kami pulang,
    O Telaga bagi Bintang Bintang Yang Hidup!

    BalasPadam