Khamis, 23 September 2010

Luruhnya daunan hasrat...

oh .. jiwa yang hangat membara
jangan kau biar rindumu menerawang tinggi
kelak tak terkait oleh rindu yang lain
pada musim-musim luruhnya daunan hasrat

pada kerlingan ekor mata
tersorot seribu bahasa
yang kau tahu..itu siapa...
depanglah rasamu ...jejaklah walang rindu itu...
di perhentian waktu ia menunggumu !

nanti ...rindu yang kau simpan..
bahagia yang kau dambakan
akan berpadu dalam asakkan kemesraan..
bersama puput bayu ...
yang menghembus rasa dari setiap penjuru !


:p.c

1 ulasan:

  1. luruhnya-daun

    Lima dan empat puluh jiwa yang hangat membara menemui perindu nya sendiri!
    Panggilan nama Bagi Orang Ke Tiga juga menemui perindu nya sendiri!
    semua ini duduk bersila beralas punggung MENUNGGU Laporan
    dari Kerlipan Ekor Mata Yang Berbentuk Daun;
    kerana KATA telah hilang.
    ini adalah Laporan dari Kerlipan Ekor Mata Yang Berbentuk Daun:
    KATA itu adalah CINTA;
    dan nombornya adalah Satu Ratus dan Sebelas.
    kemudian berkata setiap CINTA;
    kerana nombornya adalah Satu ratus dan Sebelas.
    setiap satunya memetik Daun yang berbentuk seperti Hati,
    yang mana nombornya juga adalah Satu Ratus dan Sebelas.
    kesemuanya mencari Orang Yang Menunggu,
    kerana nombor Nya adalah Satu Ratus dan Sebelas.
    namun semua ini segala Kerja menjadi putar belit;
    kerana KATA SEBENARNYA TIADA SIAPA PUN YANG DIRINDU.

    BalasPadam