Rabu, 25 Ogos 2010

Kenari O Kenari !

kenari berlagu di siang hari ?
terbang rendah di sawah terbentang
sambil mengepak keriangan
mematuk padi yang kekuningan
tidak rasa hairan
kerna dirinya berseorangan
tanpa teman
melayang di awangan ..

hingga suatu ketika
tanpa sedar
kenari telah tercedera !
dek terlalu bersuka ria ..
kemudinya hilang gaya..

tiada indah
tiada ceria ..
yang tinggal hanya kepingan kecewa !

kenari o kenari !
berlagu penuh sayu
tetapi siapa peduli ?
ia hanya unggas yang berkeliaran
tanpa tujuan !


:p.c@p.a

2 ulasan:

  1. pemburu yang adil

    peguam peguam yang datang dari mahkamah yang terbaik memperli-perli seluruh dunia;
    mereka menilai setiap pelanggan di atas kepentingannya
    ini Aku tahu sebenarnya,
    sebab mereka selalu menghormati saya dengan begitu mendalam
    disebabkan mereka telah melebihkan saya dengan
    memuji muji diri mereka di tempat tempat
    menjual alkohol yang berlesen
    itulah sebenarnya;
    dan mereka mempunyai pandangan ini sebab mereka berkhidmat:
    dan sebab mereka boleh tiada mempunyai perhubungan peribadi di dalam setiap urusan dengan siapa mereka berkhidmat
    Pengadilan Yang Amat Adil sepatutnya benar benar bijak dan bagus
    tapi tiada siapa yang begitu kuat untuk memiliki Tiada Hubungan
    dengan sebab itu hakim yang adil seelok-eloknya adalah Sesuatu Yang Terjadi Tanpa Tujuan
    kerana sesuatu Yang Terjadi Tanpa Tujuan yang mengadili Alam Semesta;
    dengan sebab itu dan hanya sebab itu, kehidupan itu adil

    BalasPadam