Rabu, 25 Ogos 2010

Milik Siapa ?

senja merah yang menyaga
itu petanda malam mengiliri siang

di penjuru masa
terbujur batas pusara ...
dihuni sekeping rasa bertinta rindu
milik siapa ?

di sana cempaka merah berbunga
subur, tanpa di bajai..
benihnya di bawa olih
tiong yang sering bernyanyi ..

wangiannya menyebabkan pusara rindu
terpegun kaku !
begitu pawana mengalir pesona
pada siapa kau harus bertanya ?
ingin kau petik dan kau milik.. !


:p.c@p.a

1 ulasan:

  1. sempurna cantiknya siapa

    Ingin ku Petik adalah hodoh dan mencukupi umpama bentuk badan wanita.
    Ingin ku Milik adalah cantik dan mencukupi umpama bentuk badan lelaki.
    Pada Siapa Aku Harus Bertanya adalah melangkaui lelaki dan wanita umpama ianya melangkaui Ingin ku Petik dan Ingin ku Milik.
    hatta umpama Bentuk Badan Lelaki dan Bentuk Badan Wanita hanyalah kemajuan kepelbagaian dari Satu Organ,
    begitu juga Ingin ku Petik dan Ingin ku Milik hanyalah dua fasa dari Satu Kenyataan.
    Begitu juga Keseluruhan dan Keadaan adalah hanyalah bentuk kepada ITU.
    Siapa yang Aku bertanya?
    ianya tiada berbentuk,
    tiada wujud,
    di mana Aku tidak menyerahkan seluruh jiwaraga ku.
    Jawablah saya, siapa yang mampu!

    BalasPadam