Selasa, 30 Jun 2009

NIAN MALAM YANG MEMBISU

Ada resah yang mengetir..
ada rindu yang mengalir..
desebalik gejolak bertabir..
bergulung relung di biara jiwa...
harum kerdip bintang,
yang bertapa di sukma..
namun mentari yang kucari,
masih tidakku pasti...
walau kuturuti jejakmu..
ke puncak medetasi,
biar badai menghempas,
biar ombak memutih,
biar bintang berkerdip,
akan ku tunggu tabir malam..
yang kian meng-itam...
benar..!!
memang ku biarkan ia begitu
mengikut arus waktu
kerna di nian malam yang membisu..
aku mengasing diri
dalam tafakur yang mendalam
lagi tinggi...

;QZH...

Ahad, 28 Jun 2009

CINTA HAKIKI

Dalam desir angin petang
melabuh sauh rindu di dasar hati
akukah yang ingin kau dekati?
kerna api kasih milikku
telah lama mati...
yang tinggal hanya
cinta hakiki
tika hujung malam
menghunjam diri
pada taffakur panjang...
ohh Robbi...
eluslah ruhku
hingga ke siddratul muntaha
tersingkap hijab
pada daunan rindu
pada Dia...
lalu yang tinggal cuma
aku....
dalam sepi sendiri
mencari wujud diri....


;qzh~puspa cendana~

GUNDAHKU DI UJUNG BENUA...

Bagaimana dapat aku berdansa bersama
jika gundahku terlontar di ujung benua
lalu tidakkah itu menambah luka di dada?
sedang engkau dalam rindu yg membara?

Dalam remang senja , aku sering berduka
mengapa takdir memberatiku setiap ketika...
di balik tabir jingga yg penuh rahsia
aku menyelubungi diri
dalam teleku tafakur
mencari kesejatian hakiki
namun rencam berduri yg kutemui...

Aah engkau....

Pelarianku sudah ke penghujung
andai ada sisa2 penghidupan
biar aku bersimpuh di ujung malam
pada Dia aku lurut segala rindu dendam
menghiba pada hangat air mata..
dengan luka yang terpendam..!!


;qzh~puspa cendana~

Sabtu, 27 Jun 2009

HULUBALANG KASIH 6

kau membayar harga mahal
utk menjadi hulubalang kasihku
andai awan putih...
tetiba berubah kelabu..??
bagaimana setiamu itu....

aku masih di balik bayangan semalam
mengintai hulubalang mempamir wajah
menanti sinar rindu pada relung waktu
mengitari wangian cinta
di kaki pelangi
dengan kuntuman kasih
mekar di dada....

;qzh~puspa cendana~

HULUBALANG KASIH 5

begitu jitu kasih berpadu
menjadi hulubalang pembunuh seteru
walau ribut taufan melanda
tak gentar petir begegar
mengatur derap silat fansuri
dengan bunga-bunga kasih di hati

di depan melintang onak dan duri
di pantai ombak menghempas ke bebatuan
menanti kerikil tajam yang menikam
sanggup kau membelah badai?
merentapku ke pintu
dari jentayu berkepak biru?


;qzh~puspa cendana~

HULUBALANG KASIH 4

Akulah hulubalang
tempikku mengetar awan
pekikanku mengegar bumi

Hilangku mencari kudrat
bagi menambah tenaga sakti
di tambah lagi tongkat ali

Apa yang datang
yang bergolek
yang melayang
akan ku terkam

Biar apa terjadi
kita sama2 berjuang
biar caranya berbeda

(tinta Deel A)
;qzh~puspa cendana~

HULUBALANG KASIH 3

Benarkah kau hulubalang juang?
yang terhunus dengan pedang kasih?
lalu kemana kau..bila aku tersisih...
dalam caturan gema kasih????

adakah kau hulubalang juang?
yang sanggup kemedan perang
membelah ombak
meredah badai
yang tersedia jeram tajam
merintang di depan?

adakah kau hulubalang juang
menghunus pedang kasih?
sanggup membunuh si perayu?
yang berkepak biru?

andai itu kamu
hadirlah dalam hidupku
akan ku tunggu kamu
di muka pintu
dengan penuh rindu
yang terlalu......!!!!


; qzh~puspa cendana~
~untuk Deel A~

HULUBALANG KASIH 2

Puspa...

akulah sebenarnya hulubalang
dengan pedang dan keris terhunus
sedia untuk berjuang

akulah sebenarnya hulubalang
walauapa mendatang aku tetap berjuang
kutusuk kutebas
tinggal tulang belulang

akulah sebenarnya hulubalang
yang berjaya di medan perang
yang akan di sambut dengan riang
yang mana si Puspa akan menanti pulang

(hasil tinta Deel A utk PC)

;qzh~puspa cendana

Khamis, 25 Jun 2009

HULUBALANG KASIH

Kau adalah hulubalang juang
yang menghunus pedang kasih
bagi menyulam rindu
yang menerawang di ufuk waktu

aku tetap setia menunggu kamu
walau malam mula meng-itam
walau awan kelabu mula kelam
dalam bayangan suram

pun biar hujan malam mula menitis
pada tadahan hangat di hati
aku masih tetap di sini
menanti kamu dgn rontaan
yang mengasak
dalam naluri yg hampir
meledak.....



;puspa cendana @ qzh

Ahad, 14 Jun 2009

Dari kejauhan ada awan berarak perlahan
seakan sarat menakung ujan airmata
yang akan turun , membasahi selat tebrau
tidakkah kau dengar cemati api
melibas dinding rindumu?
sedang aku dalam rontaan yg di belit resah
bagaimana dapat aku melolos diri..
dari cengkaman cinta yang penuh duri..
agar tiada tusukan menikam di hati..
khabarkan padaku...
biar saja aku mengawal diri
dari sumpahan yang memakan diri
agar aku dapat terus berlari
kesuatu tempat yang penuh misteri..


;qzh~pc~

Sabtu, 13 Jun 2009

Angin Selat Tebrau meniup rindu
lalu pada siapa ia akan bertemu?
kalau bukan kau...Syam dari Tibriz..!
sementara aku di sini
mengusap pelangi pada budi hati..
dalam kecerahan
mencari jati diri
yang sirna dalam kemarau..

Ooh kamu
Ooh aku

bila kita dapat memintal buih-buih rindu
dalam ayunan sepoi cinta
yang beralun dalam samudera kasih..
aku setia menunggumu
hingga tiba saat itu kembali lagi.


;qzh~pc~

CINTA

Di gigi air kita memadu setia
pada bait-bait seloka kita bicara
sambil menyulam rindu
yang kian membara
pintalan kasih dari cemati cinta
terus menerus kita hamparkan
hingga semerbak wangian
serata alam
dan aku saat itu
bergegar pusar
chakra ajna
melantun benih kasih
menerawang ke semesta...!!


;qzh ~pc~

Jumaat, 12 Jun 2009

DARAH RINDU

Tika kau meninggalkan aku semalam,
dalam putaran waktu ,
aku termanggu seketika,
merasa hangat dua jiwa
pada kucup basah bibirku di tanganmu,
dan dekap dakap erat tubuhmu,
tidakkah kau merasa?
ada getaran di sana..
yang mengamit seribu makna,
kau seakan tidak bisa melepaskan..
dan aku pula bagai ilang ingatan
buat seketika...
beginikah rasanya cinta?
yang kau sering bicara,
makanya...
ia sangat bergelora,
dalam sukma
dari pancaran mataku dan matamu
juga genggaman tanganmu,
kehangatannya menular keurat nadi
menghambur darah rindu
yang terlalu..!!


;QZH

OHH KAMU ....OHH AKU..!!!!

Pada bening malam yang kelam,
tika itu kita sama2 menyepi seketika,
mengingati kembali ...
kenangan jingga,
yang mula tersimpul dalam kotak minda,

bertapa ...
aku ingin dedekati,
tuk mengetahui rahsia tersembunyi....

lalu...
jalaran jingga pun bertukar ungu..
terhamparlah kuntuman mawar kasih..
bak sutera...
yang mula merona dalam jiwa..

ohh kamu!
ohh aku!

begini takdir menghampiri kita,
kerna padanya ada makna,
yang penuh rahsia berganda...!!!

akan aku ikut arus tali takdir,
biar ia sampai ke ujung peng-idupanku.

kepada kamu yang aku rindu...
tunggu lah takdirmu dan takdir aku..
bersatu..!!


lalu pada detik itu,
memusar getar seluruh
urat darah menghambur di awangan,
lantas bertukar kepulan kabus,
yang mencorak warna-warna pelangi,
dalam dada...



:QZH

Khamis, 11 Jun 2009

RINDU

Bila saja puisi Rumi bergetar
Syam dari Tibriz pun berpusar
mengitari daun-daun rindu
dan kelopak mawar putih
mencari pautan kasih
dlm taman cinta!
Ooh Rumi..
ajari aku seloka jiwa
membungkam diam di ujung malam
menghunjam tafakkur dalam.
Biarkan, tumpah airmata bukan lagi apa-apa
ia kalongan doa di dada
memohon cahaya di samesta
Walau lontaran bunga dari Syibli,
Hallaj langsung merintih pedih
O Attar, cemeti api...
elus Ruh ku
biar tersingkap segala hijab
kerna jalaran hidupku adalah ungu
maka selamanya
rinduku cukup terlalu!

: QZH

DALAM DIRI

melabuh rindu
di tirai kasih yang meruap
menjalar anggur-rasa
hangat darah melimpah
cermin hati terpecah,
warna-warna menyerlah..
menyatu menjadi SATU
AKU!
Ooh jalaran rindu di pori-pori
merentap nafas HU
kalau Dia bukan cinta
lalu siapa Diri
bergema dengan puisi Rumi
syam dari tibriz menari
dalam pusaran rindu
sayu dan dungu
AH Hassan al-Basri
sarbat buat Rabiah ada di pintu
kenapa manisnya di langit
bergetar di arasy mimpi
Jangan turun dulu kawan,
Aku masih di sini menyulam rindu,
pada cindai cinta dengan derai airmata
kerena kaabahku belum pulang,
tawafku hilang
aku sendirian,
dlm DIRI!

; QZH

WACANA JIWA

kuhampar wangi rindu
pada permaidani kasih
yang putih
Pada Sang Ratu
dari mutiara jernih
yang mengungkap makna,
tentang rahasia
keunggulan
pada kedarwisan di taakulan
Puteri,
maka mawarku terlena
kearifan akan terjaga
meluncur dlm pusaran waktu
bahawa harga segelas budi
dari anggurmu yg sejati
adalah luhur-budi
kutadah dulang harapan
bersama piala khawajagan
marilah pada simpuh sayu
kita lakar rindu menjadi tugu
kita potretkan kasih
dengan haruman cinta yang mula membara
menjalar wangiannya
serata benua jiwa
menjadi keyakinan Taj Mahal
pada kedukaan Shah Jehan
di penjara Aurangzeb!

: QZH

Rabu, 10 Jun 2009

"DANSA"

Mari..
berdansa dgnku
mengitari masa & usia
pd lingkaran hidup,
bahawa dlm lingkaran ini
kita derap langkah bersama
perlahan, melihat alam
dari mata nan terdalam
kerna pd alam, ada rahsia perlu diteroka
pd hidup, terkunci misteri nan rapi
dan pada dansa ini, kunci harus kita temui
untuk menyingkap hijab
yg sekian lama menyekat kita
dari menggapai jalur cahaya
dlm relung-relung rahasia
di dalam piala!

: QZH

"GEMA RONA UNGU"

adalah pintalan sutera rindu
pada menenun kasih di lembar cindai cinta
mengukir larik-larik setia di kebersamaan sorga
meniti hidup di birai takdir
bahawa wahdatul wujud,
adalah kita
taraqqi dlm rahsia dari lahut
mengungguli di samesta mayapada pd makna
Ooh bening ruh..
mengalir jernih quddus bagai salsabil
pada peraman anggur 40hari,
menitis manis bagai madu putih
bertaut di kesejatian hati nurani tulus
bersemarak wangi Di wadi mani maknikam
mencipta kemanusiaan utk di insankan,
pada kamil-mukammil lengkap melengkapi
arca cinta menyala lalu sirna dan fana,
Ooh Dia,
Ooh Aku,
dua pada makna,
SATU pd rahasia!


: QZH

"JALARAN UNGU"

jalaran unggu, darah rindu, menerjah....
memintal, pusar memusar ke setiap liku urat dan tulang
memamah lingkaran jiwa, pedih merintih
berkunang-kunang pandangan
dgn lukisan dgn tulisan dan igauan
menyelimut, membalut dermaga tubuh
bhw bahtera akan membelah
ombak resah yg meribut mjd gundah
labuhlah layar kasih,
biar badai menghempas meramas pulau,
aku tetap mahu berangkat
merentas adab susila manusia
yang cuma tahu mencerca
yg enggan menaakul makna&rahsia
keterasingan antara ombak dan laut
dua pada makna
SATU pd rahsia,
menyimpul misteri zaman
pd Habil dan Qabil
bhw pengorbanan adalah ulung dan teragung
walau bah besar Noh yg merubah dunia,
paksi tetap sama di ka'abah
Duhai,
kalau mazmur Daud meluruhkan daki di hati
Sulaiman tetap raja walau suapannya airmata
dari tawadhu' dlm simpuh sujud
KeEsaan adalah mutlak!
Ooh kabbala dari tgn Tuhan,
melakar bani israel dari Mesir ke Jurusalem
merona masjidil aqsa dgn biru yg sayu
pd wafat Salahhuddeen al-Ayubi
aku menangisi
kematian wujud diri
pd gementar lengkung hijau masjid nabawi
aku ilang pd rekahan naqsyabandi
mencari yg sejati
mencari
yg
suci!

: QZH

KESEJATIAN

"KESEJATIAN..."

Dan ibnu qayyim berbicara ttg anggur
'A'arabi, ttg ketelanjangan perempuan
al-ghazali dgn bulan purnamanya yg sempurna
Org byk, menelah mrk
serakah dgn dunia!

O sufi..
yg merentas akalan para teolog
merembes rahib2 di biara sunyi
mendungukan kebijksanaan orentalis
yg sekularis
membaham perasaan pemuka2 mantika
membunuh kebongkakan atheis
menyusur dogma kristianiti yg palsu
membongkar kebodohan saintis2 di makmal logika
berdiri bagai pancang arasy
menyerukan:
"ilmu Dia meresap dlm ilmu sufi,
bagaimana yg dungu memahami ini?.."

Bila aku mengeluarkan permata delima
dari bunga,
mrk berkata, aku org sakti dari Tgkuban Perahu
bila aku berpuisi rona biru
mrk berkata aku dilamun rindu
bila aku mencumbu perempuan dlm kemabukan cintaku,
mrk ketawa dan mengandai aku punya birahi yg tinggi
O sufi...
yg membakar hangus hati2 yg rakus
yg merubah jiwa belantara
menjadi sorga
mengajak pd kembara di sidratul Muntaha
dgn rindu biru yg terlalu
dgn hangat cinta yg menyala
biarkanlah mereka
tuangi lagi gelas anggurku
dari piala raja-raja naqsyabandi
biar aku terus beragitasi
pd mabuk keserata uratnadi
menjelirakan puncak rasa
akibah bakaran cinta,
pd Dia!

: QZH

MENCARI DIRI

pada rinduku yg kian membiru
segeralah kau buka tutup piala
tuangi aku ungu anggurmu
menjelira pada rasa
memecar pada makna
dlm satu artian rahasia
Engkau,
kalau tiba-tiba
aku jungkirbalikkan gelas & meja
dan cangkirmu jatuh terpecah,
tuangiku terus anggur berdarah
kerna kasihku mula melimpah
dan aku mabuk bergoyah
dlm dzauk yg gundah
menanggung cinta yg parah!

Ooh puisi ar-Rumi bergema lagi,
dan Syam Tibriz mula berkelilingi
mencari diri
menempa hati
di kaki Syibli di dada Junaidi

Oh Hamzah Fansuri,
aku berdiri di cermin mimpi
kulihat Engkau bertopi tinggi
dlm wajah seorang sufi
jasadku tiba-tiba mati
terpusar ruhku di pelangi
pada indah sepi
di warna budi
aku hilang diri!

; QZH

Isnin, 8 Jun 2009

BALIK TABIR KELABU

siapa yg memanggil Pengiran Dara' Shikoh?
dari suara jauh
balik jendela ungu?

aku.....yang memanggil nama itu....
ye...dari kejauhan..
di balik tabir kelabu,
dgn berhijab ungu,
yg kabur dari pandangan mata....
aku....yang memuja wajah itu...
dalam kerdipan hati yg menyala..
pada rona jingga yang mengila,
kenapa??
tidak kah kau gembira???
aadanya aku yg memujamu...
jika begitu...
biar aku berlalu....
maafkan aku jika selama ini...
aku menganggumu...


~pc qzh~

MENUNGGU

"Tidakkah kau mendengar...
suaraku memanggilmu..???
di balik mendung awan kelabu??
apakah kau tidak menoleh kesisi....
bersama bebayang mu aku berdiri...?
meninggalkan aku....
berseorang diri...
jangan biarkan aku menunggumu..
saban hari.....



~pc qzh~

NAFAS

Di persimpangan asing ini...
tintaku melarik lagi,
tika hati digoncang kecamuk,
mendamba kasih tiada punca,
mengharap tanpa berusaha...
aku hanya mampu meluahkan,
segala-gala bebanan di kotak minda,
agar ada sedikit ruang..
untuknya bernafas dgn kalimah...
la illa ha illallah....
biar sirna segala keji,
dan akan muncul nur yg hakiki...

~pc qzh~

Ahad, 7 Jun 2009

KETERASINGAN

Dalam keterasingan ,
menyendiri sepi,
mengusut kemelut,
dalam rangkai jiwa,
melanda ....
badai resah yang semalam,
merusuh...luluh,
hingga ketepian...
lalu apa lagi yang tinggal?
hanya sebuah cendana,
yang di lilit api kerinduan,
hingga membakar ....
jalur rintangan,
pada satu pertemuan..!!!

RINDU

Sayang...
memang benar aku sdg merindu..
merindukan sang pungguk..
yg terbang di angkasa..
mengharapkan bulan jatuh keriba..
apakah itu kan jadi nyata???
Sayang...
andai kau adalah pungguk itu...
bersediakah kau menyambarku..
membawa aku berlalu...
ke suatu tempat utk di tuju...


~pc qzh~

MEMBISU LAGI??

Aku bagai tersejat kedinginan,
menadah kehangatan,
dalam rona senja yg kian menjingga,
dan kau....
tidak betah bersuara...
mengapa???
membiar aku di balut luka,
yang bernanah di jiwa....
sungguh aku teronta,
dalam kedapan maya,
lalu menerawang,
ke ufuk sana


~pc qzh~

CINTA DALAM ONAK DURI

Kenapa kau membisu kaku,
juga memekak rasa...
apakah kau telah menaakul makna...
cinta seorang aku..???
yang ingin sirna bersama??
atau apakah ia igauan cuma...

cinta seorang aku begitu dahsyat rupanya
rona-rona ranjau penuh berduri
menanti de ujung jalan
dapatkah cinta seorang aku bertahan??
walau seluruh jasad lebur dek calaran....

cinta seorang aku akan idup sepanjang zaman
andai ada santapan mengiringi kesejatian
luhuran budi, juga keimanan menambah kuat ikatan
di sulami pula untaian rindu berhamparan baldu..
agar segala-gala kasih dan cinta kekal berpautan.

cinta seorang aku...bagai seorang penyair jalanan
menagih simpati pada insan yang sudi
bila tidak di peduli ...dia akan berlalu pergi
pergi mengikut takdir yang termaktub di azali...

~pc qzh~
7/6/09
Ahad: 3:23pm