Rabu, 10 Jun 2009

"DANSA"

Mari..
berdansa dgnku
mengitari masa & usia
pd lingkaran hidup,
bahawa dlm lingkaran ini
kita derap langkah bersama
perlahan, melihat alam
dari mata nan terdalam
kerna pd alam, ada rahsia perlu diteroka
pd hidup, terkunci misteri nan rapi
dan pada dansa ini, kunci harus kita temui
untuk menyingkap hijab
yg sekian lama menyekat kita
dari menggapai jalur cahaya
dlm relung-relung rahasia
di dalam piala!

: QZH

3 ulasan:

  1. Salam Puspa Cendana,

    paling aku sukai,

    baris 3,
    baris 15 dan 16 ...

    BalasPadam
  2. salam puspa cendana
    dansa adalah gerak & rentak kehidupan..barangkali...ia harus digerak mencari hakiki. apakah tujuan hidup ini sebenarnya?...

    BalasPadam
  3. bahawa hidup Faziz, adalah pencarian, dalam mengitari masa & usia, mencari makna hati dan budi, tidak ubah bagai, lingkaran sebentuk cincin, untuk menemukan, permata di tengah-tengahnya!

    BalasPadam