Rabu, 25 Ogos 2010

Kenari O Kenari !

kenari berlagu di siang hari ?
terbang rendah di sawah terbentang
sambil mengepak keriangan
mematuk padi yang kekuningan
tidak rasa hairan
kerna dirinya berseorangan
tanpa teman
melayang di awangan ..

hingga suatu ketika
tanpa sedar
kenari telah tercedera !
dek terlalu bersuka ria ..
kemudinya hilang gaya..

tiada indah
tiada ceria ..
yang tinggal hanya kepingan kecewa !

kenari o kenari !
berlagu penuh sayu
tetapi siapa peduli ?
ia hanya unggas yang berkeliaran
tanpa tujuan !


:p.c@p.a

Milik Siapa ?

senja merah yang menyaga
itu petanda malam mengiliri siang

di penjuru masa
terbujur batas pusara ...
dihuni sekeping rasa bertinta rindu
milik siapa ?

di sana cempaka merah berbunga
subur, tanpa di bajai..
benihnya di bawa olih
tiong yang sering bernyanyi ..

wangiannya menyebabkan pusara rindu
terpegun kaku !
begitu pawana mengalir pesona
pada siapa kau harus bertanya ?
ingin kau petik dan kau milik.. !


:p.c@p.a

Menjejak rindu...

Aku kemari untuk mencari rindu yang ku tebar dulu..
puas ku geledah dari penjuuru ke penjuru
namun tidak dapat ku hidu wangian itu..
apakah buta segala pancaindera
hingga tidak dapatku merasa ?
bertapa lelah aku mengembara
dari masa ke semasa sambil segala nya terbelenggu..
demi sekepuk rindu !

Masa kian meruncing..
aku tidak dapat bertahan di belantara
sepi...
lalu langkah tapak ke tapak...
mencari jejak yang mungkin masih tersembunyi di celah semak-semak rasa
yang masih terdengar degup getarnya
walau ke mana aku berkelana !

Oh ! jalinan...
gerakkan isyarat mu..
agar bisa aku menghidu di mana rinduku dulu
yang pernah bertamu di qalbu !


:p.c@p.a

Ngilu...

Ku injak-injak rindu ini ke dasar lautan sepi
biar kuburnya tidak nampak bertanda
pada berhala masa yang entah bila akan susut
mengering hingga kontangnya bak sahara !
kala itu..
kedungguan membeku pada kocak riak resah
kian beralun pada semilir bayu nan menyapu..
mendung yang sarat menakung hujan
air mata ...
beruntaian pada tadah hangatnya
kau rasa ...
pilunya kau riba...
yang lukanya berkali kau carik hingga
yang tinggal hanya ngilu yang membara !


:p.c@p.a

Nostalgia ...

Ada resah tercarik di dada
ada luka yang entah bila sembuhnya..
sedang kemarau rindu..
meranap kelopak jiwa
dengan kasih yang tidak setia !

Andai nostalgia
membangkit rasa mengocak sukma..
dapatkah ladang rindu yang bertukar sahara..
akan subur semula ?

Kau lihat awan mendung berarak..
bakal menurun hujan kasih di laman sahara rindu...
tika itu akan muncul sang pelangi yang merona jingganya !


:p.c@p.a

SILU !

Kali ini aku betul-betul keliru
pada jalanan penuh celaru
yang menebar hamparan palsu .....
aku malu !

Untuk kesekian kali
tika kota rahsia di palu bertalu....
lalu terbukalah ia...
kelihatan manik-manik mesra berlalu masuk
ke denai yang terpinggir sepi ..
terkaku saat itu !

Akukah itu yang berdandan indah
bercermin pada bayangan silu..
mengejek ...
keasyikkan menggegar gelora..
dalam kepincangan yang nyata !

:p.c@p.a