Rabu, 25 Ogos 2010

SILU !

Kali ini aku betul-betul keliru
pada jalanan penuh celaru
yang menebar hamparan palsu .....
aku malu !

Untuk kesekian kali
tika kota rahsia di palu bertalu....
lalu terbukalah ia...
kelihatan manik-manik mesra berlalu masuk
ke denai yang terpinggir sepi ..
terkaku saat itu !

Akukah itu yang berdandan indah
bercermin pada bayangan silu..
mengejek ...
keasyikkan menggegar gelora..
dalam kepincangan yang nyata !

:p.c@p.a

1 ulasan:

  1. lu..si..

    bayangan dari dua arah yang bertentangan adalah KELIRU;
    hinggakan Cahaya itu adalah Dia
    di dalam tangannya tergenggam pedang;
    ya tajamnya pedang itu terkandung di sini
    bayangan ini menyala nyala di dalam Api;
    tidak ada satu pun bentuknya yang terbakar
    bayangan ini di benam di dalam Laut;
    tiada satu pun bentuk yang basah
    jadi bercerminlah Dia di dalam angin dan
    membayangkan pelusuk bumi dengan kebuasanNya
    jadi berkata YANG TIDAK MALU;
    dan kepada dia yang berdandan indah adakah dia
    berani tidak mengejek

    BalasPadam