Rabu, 25 Ogos 2010

Nostalgia ...

Ada resah tercarik di dada
ada luka yang entah bila sembuhnya..
sedang kemarau rindu..
meranap kelopak jiwa
dengan kasih yang tidak setia !

Andai nostalgia
membangkit rasa mengocak sukma..
dapatkah ladang rindu yang bertukar sahara..
akan subur semula ?

Kau lihat awan mendung berarak..
bakal menurun hujan kasih di laman sahara rindu...
tika itu akan muncul sang pelangi yang merona jingganya !


:p.c@p.a

1 ulasan:

  1. kenyataan dari sang pelangi

    kesedaran adalah simptom penyakit
    segala yang pergi telah pergi tanpa diminta
    segala kasih sayang,
    segala harapan,
    segala keyakinan rupa rupanya bertentangan untuk meredakan kepiluan
    Nostalgia seribu kali,
    dan ianya menjadi sukar;
    beribu-ribu kali dan ianya menjadi mudah;
    beribu-ribu kali didarabkan dengan beribu-ribu kali,
    dan bukan lagi Engkau yang melakukannya,
    tapi Itu melakukannya sendiri melalui awak.
    tidak hingga sekarang yang mana sepatutnya sempurna jadi menjadi begitu sempurna
    begitulah telah berkata Kehidupan Yang Adil yang merencanakan sesuatu tanpa tujuan pun.

    BalasPadam