Isnin, 23 November 2009

CINTA SEORANG AKU

kenapa kau membisu kaku,
juga memekak rasa...
apakah kau telah menaakul makna...
cinta seorang aku..?
yang ingin sirna bersama?
atau apakah ia igauan cuma...

cinta seorang aku begitu dahsyat rupanya
rona-rona ranjau penuh berduri
menanti de ujung jalan
dapatkah cinta seorang aku bertahan?
walau seluruh jasad lebur dek calaran....

cinta seorang aku akan idup sepanjang zaman
andai ada santapan mengiringi kesejatian
luhuran budi, juga keimanan menambah kuat ikatan
di sulami pula untaian rindu berhamparan baldu..
agar segala-gala kasih dan cinta kekal
berpautan.

cinta seorang aku ...bagai seorang penyair jalanan
menagih simpati pada insan yang sudi
bila tidak di peduli ...dia akan berlalu pergi
pergi mengikut takdir yang termaktub di
azali...

Khamis, 12 November 2009

KELMARIN.....YANG KITA LALUI

Kelmarin,
ada bunga yang kita hidu bersama
mengelus kelopak seloka..
menyebar wangi..
ke angkasa,
dengan senyum dan tawa..

Kelmarin,
ada jemari kita bersulaman
pada jalanan panjang..
di taman-taman
penghidupan..
menghirup bahagia,
serata dunia..

Kelmarin,
ada rindu yang kita gubah
bersama dari bebatuan kasih..
yang kemilau,
kita ukir dan larik dengan setia..
ke seluruh semesta..

Hari ini,
aku tiba-tiba..sendiri..!!!
di jengah sepi,
menahan pilu di hati
menadah air mata..
yang hangatnya,
kau tahu..
pedihnya ..kau rasa...

Kerna darah
rindumu
tidak se unggu..
dulu !

:dari dia yang mengetuk kamar hati >pc<

Rabu, 11 November 2009

DI MANA KITA KASIH?

Kasih,

mentari jingga terbit pada ufuknya
kemilau merona jasad senja yang setia
ada kalimah bertasbih ...
di setiap penjuru semesta
tanda akur penuh takzim pada Sang Pencipta...

Kita...dimana kasih..?
di kiri, kanan atau di mana?
ketika sauh malam diturunkan dari bongkahnya
dalam bening senja yang menjingga
masih dengan urusan dunia?
pekakkah mata...
butakah telinga..
hingga seruan langit tidak kau peduli?

Sedarlah sayang...

bila saatnya bumi memutar diri bersama -sama putaran waktu
bersedialah ...
sudah tiada waktu untukmu mengabdi diri kerana..
pintu taubat telah tertutup...
maka berakhirlah dunia impianmu ini..!!!

:bicara dari kamar hati >pc<

Isnin, 2 November 2009

Mencari Dia

Dalam retak-retak kehidupan
ada rencah membelit kusutnya fikiran
pada satu atau dua bayangan...
yang berpusar getar , berkeliling
mencari punca penghayatan
apakah erti Khalifah Alam?


Pada Dia Yang Esa...
tunduk..!
dalam tafakur panjang munajat
berbaiaah..
bahawa sudah sampai waktu menyejat diri
mencari pentas untuk menari dalam liuk lentok
bergema dalam lingkaran...

HU Satu!
AH Dia!

Bergegar dada membelah rasa dalam denyut membara
pada kalimah "la illa ha ill llaullah"...
terpecah semangat membelah firasat
pada Kudrat Irodat mencari makrifat..!!



:Puspa Cendana (berkisar dalam waktu mencari Dia.. )