Rabu, 11 November 2009

DI MANA KITA KASIH?

Kasih,

mentari jingga terbit pada ufuknya
kemilau merona jasad senja yang setia
ada kalimah bertasbih ...
di setiap penjuru semesta
tanda akur penuh takzim pada Sang Pencipta...

Kita...dimana kasih..?
di kiri, kanan atau di mana?
ketika sauh malam diturunkan dari bongkahnya
dalam bening senja yang menjingga
masih dengan urusan dunia?
pekakkah mata...
butakah telinga..
hingga seruan langit tidak kau peduli?

Sedarlah sayang...

bila saatnya bumi memutar diri bersama -sama putaran waktu
bersedialah ...
sudah tiada waktu untukmu mengabdi diri kerana..
pintu taubat telah tertutup...
maka berakhirlah dunia impianmu ini..!!!

:bicara dari kamar hati >pc<

5 ulasan:

  1. Salam PC

    PELANGI, SENJA & KITA
    pelangi kembali melengkung dilangit mendung
    pada senja yang menjingga menibarkan tujuh warna gerimis
    ada laungan keramat bersama beburung yang terbang pulang
    kita yang dijalanan ini masih di sini tanpa mahu mengerti

    bahawa
    panorama senja yang dilukis tuhan
    bersemi peringatan dalam seruan azan
    kita perlu singgah melabuhkan diri
    meletakkan dahi pada bumi

    bukan asyik dijalanan membuka dada
    melayan anak-anak dengan sebiji belon
    sedang pelangi kau lihat melengkung dilangit mendung
    memerhati kau dengan wajah murung

    BalasPadam
  2. salam... lama tak mendengarmu..

    aku ada di sini..
    sentiasa.. :)

    BalasPadam
  3. Salam kembali pada faziz dan setiakasih...

    alhamdulillah, takdir menyebelahi kita...
    kerna dengannya dapat puspa cendana menyambung bicara...
    dengan tinta mencarik rasa dalam rahsia..

    apa lagi yang ada pada kita..?
    kalau bukan titik2 dosa yang kita cipta..
    tanpa kita cuci bagai salji..
    sebelum kita kembali...

    kiasanmu faziz...buat aku tafakur..
    kembali menginsaf diri...astghfirullah..astghfirullah..astghfirullah...

    BalasPadam
  4. Salam Puspa Cendana,

    "carilah, moga ketemui di wilayah yang dinamakan hati".

    BalasPadam
  5. salam penuh sejahtera sdr zul..

    soal hati agak sukar dimengerti..
    semakin kita cari...semakin ia bersembunyi..
    hanya dengan makrifatullah...ia bisa
    di jejaki...

    BalasPadam