Isnin, 2 November 2009

Mencari Dia

Dalam retak-retak kehidupan
ada rencah membelit kusutnya fikiran
pada satu atau dua bayangan...
yang berpusar getar , berkeliling
mencari punca penghayatan
apakah erti Khalifah Alam?


Pada Dia Yang Esa...
tunduk..!
dalam tafakur panjang munajat
berbaiaah..
bahawa sudah sampai waktu menyejat diri
mencari pentas untuk menari dalam liuk lentok
bergema dalam lingkaran...

HU Satu!
AH Dia!

Bergegar dada membelah rasa dalam denyut membara
pada kalimah "la illa ha ill llaullah"...
terpecah semangat membelah firasat
pada Kudrat Irodat mencari makrifat..!!



:Puspa Cendana (berkisar dalam waktu mencari Dia.. )

2 ulasan:

  1. Salam Puspa Cendana,

    "jejak ke mari",

    "apa khabarmu waktu ini ?".

    BalasPadam
  2. alaikummussalam,

    alhamdulillah, sungguh aku dalam rahmatNya..
    diberi kekuatan fizikal dan mental..
    la haula quata illa billah...

    harap dan di doakan kamu juga berlebih-lebih
    lagi hendaknya saudara Zul..

    terima kasih atas kisahmu pada puspa cendana..

    BalasPadam