Ahad, 30 Ogos 2009

SEPASANG SELIPAR JEPUN

Sepasang selipar jepun
yang menjadi khadam setia
bila di tunggang oleh se pasang kaki
melangkah pergi menyuci diri
tuk menghadap Ilahi

Sepasang selipar jepun
tidak mengenal siapa tuan siapa khadam
tetap diam membisu
walau ia di seret kasar
ketika tuan mengejar waktu

Sepasang selipar jepun
memang di dunia kau di bawah telapak kaki
tetapi di akhirat nanti...
kaulah penyelamat dari api
kerana kaulah akan menjadi saksi!!!!

:PC (agar ianya memberi manafaat pada aku dan kamu)

11 ulasan:

  1. Waduh Puspa,

    Begitu halus jiwamu, selipar jepun
    pun jadi syair

    Begitulah jiwa penyair, bak
    kata A. Samad Said

    Daun yang gugur pun,
    sentiasa indah

    BalasPadam
  2. Salam Abuyon,

    Halus?...emmm..begitulah jiwa seorang
    aku yang terkadang terlalu beremosi
    lantas menghambur seluruh rasa bagi
    menghitung bicara mencarik tinta
    untuk tatapan minda agar tidak kosong
    dan tidak berharga...

    BalasPadam
  3. Salam Puspa Cendana,

    "selipar yang berjasa di waktu khidmatnya diperlukan".

    BalasPadam
  4. salam puspa cendana
    selipar jepunmu lebih mulia dari
    mereka
    yang menginjak kepala lembu
    demi nafsu

    BalasPadam
  5. Salam Zul,

    Sememangnya harus dan sangat perlu
    penggunaan selipar ketika mengambil wuduk,
    agar di Hari Hisab ianya akan dapat menjadi
    saksi ke atas diri kita..insyaallah..

    BalasPadam
  6. Faziz....salam utk kamu,

    Emmm...agak kurang faham maksud di sebalik
    tulisanmu itu...harap perjelaskan...
    atau maksudnya "ke arah kemaksiatan?"..begitu?

    BalasPadam
  7. salam puspa
    aku relatekan ia dengan peristiwa semasa.
    dimana ada mereka yang menggunakan selipar
    untuk pijak kepala lembu seperti
    dalam kes pindah kuil ke seksen 23.
    betapa selipurmu digunakan untuk kemurniaan
    tapi ada pula yang gunakan untuk tujuan sebaliknya

    BalasPadam
  8. salam Puspa,

    Mari, atas nama Tuhan yang agung
    dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
    dan sejuta hati kita bersalaman dari
    denyutnya yang paling
    tenang dan dalam

    Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
    Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
    nyata, dari hujung ke hujungnya

    p/s: nak duit raya makcik puspa ..
    pinta anak-anakku ..hehe

    BalasPadam
  9. salam puspa
    rindu pulak pada suaramu
    di mana kau pandai menyatukan pelangi dengan senja dan pelbagai warna....
    apa kau telah berpindah tapak?
    berilah sedikit respon...

    BalasPadam
  10. Salam buat Abuyon dan Faziz...

    Terima kasih kerana tidak jemu menziarah
    ke pelangi jingga..

    Maafkan..atas kehilangan yang tidak di rencana..ini di sebabkan ada masaalah line
    yang tidak begitu baik seenjak sebelum bulan
    Ramadhan lagi...

    Malam ini aku betul2 bertuah..kerana telah
    dapat memmasuki rumah sendiri yang telah ku tinggalkan sepi utk kesekian kali...

    Harap tiada rindu yang akan bertabir di hati..

    p/s: untuk anak2 Abuyon..jika mahu duit raya..jemput datang ke rumah mak cik Puspa ye..dan salam untuk anak Abuyon...agar jadi anak yg baik pd ibu bapa...

    BalasPadam