Khamis, 29 Julai 2010

Menyatu Pada DIA !

O jasadi yang bersemadi dalam diri
kita rentang sutra kasih
yang menghampar sahara rinduku
menjejak cintaMu
Kamil lah engkau Kekasih
Mukammil lah Diri !
terpanggil aku menuang anggur di piala Mu
agar mabukMu memukau
menghambat dalam api cinta menyala
kita sirna bersama
dalam dekap dakap
menyatu pada Dia !
memecar baqa terpaku di liqa
AH fana
HU Dia !

1 ulasan:

  1. moral

    adanya moral yang lain di sebalik cerita burung kecil.
    memiliki apa yang dia idamkan untuk sebuah sangkar yang lebih besar,
    dia terlupa akan niatnya untuk Bebas.
    pintu masih lagi terbuka;
    bilik yang luas terbentang di hadapan matanya,
    di mana dia boleh melebarkan sayapnya dan terbang.
    namun dia memilih akan sangkarnya.
    dunia yang terbentang luas adalah apa yang dia tahu,
    tetapi dia belum lagi bersedia untuk itu;
    dia mungkin akan musnah jika Aku membiarkannya di luar.
    biarkan sesiapa sahaja yang mengembara di Laluan Mistik beringat akan ini;
    Kesedaran Dunia adalah hanya ilusi dan kengkangan. Apabila ia mengancam kita,
    sebagaimana sangkar yang kecil,
    peluang kita untuk kebebasan yang lebih hebat lagi pasti datang.
    tetapi bila sangkar yang lebih besar ditawarkan –
    bila kita mendapat Memusnahkan Kecenderungan -
    biarkan kita tidak rehat memikirkan yang diri kita sendiri sudahpun bebas.
    pintu sudah pun dibuka,
    Memusnahkan Kesedaran terbentang luas dihadapan,
    dan lebih luas dari itu,
    bila kita sudah bersedia untuk itu,
    itulah Kebebasan Sebenar, Kefanaan.
    O Wanita kepada Bintang Bintang,
    biarkan saya tidak puas hinggalah Aku menerobos palang palang dan akulah Bebas –
    Satu bersama dengan AH sebagaimana dengan HU.

    BalasPadam