Khamis, 29 Julai 2010

Janji...

pada janji yg ku larik
di hujung senja..di pentas pelangi
nan merona jingga
tika itu memang rindu sedang mewangi
menerawang ke angkasa
hingga semesta menyebar cahaya..

pada janji yang ku bisik
di bayu yang meninggah ke pipi
yang mengelus manja penuh mesra
bahawa aku masih setia
mendakap rindu yang ku petik
di bulan biru ..
yang selalu menunggu
biarpun awan mendung sering menganggu !


- pc @ pa -
9:04am - 30/7/10

1 ulasan:

  1. burung

    suatu ketika Aku membeli seekor burung kecil;
    sangkarnya sangat kecil;
    ia hanya memiliki satu tempat bertenggek.
    ia begitu muda dan masih lagi tidak pandai berkicau,
    tetapi bergemercip penuh teruja pabila ku bawa pulang.
    kemudian Aku membuka galang pintunya,
    dan tanpa segan silu dia terbang keluar menerawang di dalam bilik,
    dan meninjau ninjau segenap sangkar kecintaannya dari luar,
    bertenggek di atasnya dan memeriksanya penuh teliti.
    Tidak lama selepas itu sebuah sangkar yang kukuh dibuat untuk burung-tercinta,
    di dalamnya ada bekas patuk makanan.
    pabila burung kecil ditawarkan sangkar yang terserah,
    dia cepat cepat melompat masuk dari yang kecil pada yang besar.
    sekarang dia ada tiga tempat bertenggek dan bilik untuk dirinya,
    dan bila kami bukakan pintu sangkarnya dia tidak mahu keluar.
    mungkin dia takut untuk kehilangan apa yang dia pernah berharap untuk memiliki selama lamanya dan telah pun tercapai.
    di sini terdapat rahsia sebuah Kerajaan.
    berikan rakyat apa yang akan membuatkan mereka rasa benar benar selesa;
    biarkan mereka memiliki tiga tempat bertenggek dan bilik untuk dirinya;
    dan melupakan perhambaan dan larangan mereka,
    mereka menjadi puas.
    adakah Engkau tidak berkata “hamba pasti menurut perintah.’ Wanita kepada Bintang Bintang di Syurga?

    BalasPadam