Khamis, 29 Julai 2010

Pelabohan Sepi

pelabohan sepi yang jauh..
di pandangan..
ditutup kabus mendung..
yang datangnya tidak di undang..
walau olengan ombak..
memercik digerigi pantai..
namun tidak juga ia mendamaikan..

Begitukah hati pelabohan sepi?
yang di tinggal oleh pedagang kapal?
mencarik perasaan yang di hempas badai..
mencanai resah dalam igauan..
pada kenangan yang terpahat diingatan..

Dalam usapan awan kelam..
deru angin Selat Tebrau..
akan memukau perasaan..
dalam menyeka setiap sepi..
yang tak bertepi..
biar lena diulit mimpi !

>p.c @ p.s @ p.a

1 ulasan:

  1. pelabuhan yang tidak sibuk

    Bila TIADA ADA APA APA menjadi sedar,
    ianya menawarkan tawar menawar yang teruk.
    Kesedaran ini memerlukan individualiti:
    tawar menawar yang paling teruk sekali.
    hati meminta akan cinta;
    inilah paling teruk dalam segala tawar menawar yang teruk.
    dan sekarang beliau membiarkan pedagangnya pergi,
    untuk memiliki "kejayaan" dalam "hidup":
    erti kata lain rugi.
    adakah tidak berakhirnya kesakitan abadi ini
    yang menghantui daku,
    menghantui daku tika tidur atau jaga?
    jika Aku memiliki Pelabuhan,
    bagaimana boleh Aku lupa Masa, Umur, dan Mati?
    Meradang yang keterlaluan!
    bila Aku adalah hati,
    bagaimana boleh Aku menyokong Kesakitan akibat kesedaran,
    sumpahan sebuah pemikiran?
    hatta bila Aku adalah ITU,
    masih lagi terdapat satu tempat-
    Jurang yang meregangkan diantara ITU dan TIDAK.
    masih lagi,
    langkah pertama tidak jauh dihadapan:-
    Pedagang Kapal berlayar pada hari Sabtu!

    BalasPadam