Khamis, 29 Julai 2010

Tika Rindu Menjadi Sepi

Tika rindu menjadi sepi,
tika bulan mengambang tinggi,
kau gapai sinar tuk menyuluh hati..
pada dingin yang tak bertepi..
lantas...
angin arah manakah ini?
yang datang silih berganti..?
antara bayangan dan realiti..?
kemelut rasa diulit mimpi..
hingga dinihari ...masih sendiri..
melayan kecamuk yang menyelubungi..
di semilir malam yang menjadi saksi..
pada getar-getar sukma..
yang kian menyala dalam api cinta !

1 ulasan:

  1. tanpa sepi tanpa tepi

    Banyak telah menjadi dua:
    dua itu satu:
    satu Tiada Ada.
    Apa yang menjadi Tiada Ada?
    Apa! adakah Perindu berputus asa terhadap kehidupan rindunya,
    dan keluar makan dan minum dan bersuka suka?
    Hai! patutkah dia tidak boleh melakukan begitu?
    dia mengetahui yang Tiada Sepi adalah Sepi;
    dan memiliki Sepi,
    bersuka suka akan Sepi walaupun masih dalam nikmat dalam Tiada Sepi.
    bila Sepi menjadi Amat Sepi,
    ia menjadi kembali kepada Tiada Sepi.
    dan Tiada Sepi ini dan Sepi ini dapat dikenalpasti;
    mereka bukannya berkait kaitan atau fasa fasa akan se seorang yang begitu dalamnya Kekontangan-Idea;
    mereka bukannya aspek aspek kepada Cahaya seterusnya:
    mereka adalah Mereka!
    berhati hati,
    O kekasih ku,
    jangan sampai bab ini menipu awak!

    BalasPadam