Khamis, 29 Julai 2010

Lembah Rasa

Kedustaan demi kedustaan
meranap ruang hati
berkecai luhur budi menjadi seakan mati
pada lembah rasa yang menghening kecewa
terlurut sudah tirai senyum dan tawa
yang tidak bisa di asak dengan jenaka
yang tidak mungkin meraih ceria !
pada ruang-ruang yang penuh luka ..

titis-titis rindu yang terbenam di lopak sepi
semakin jauh di kedalaman rasa
dilindung oleh kenangan impi
bersembunyi balik sunyi !


: p.c

1 ulasan:

  1. budak cemerkap

    hanya yang dusta menemui keindahan di dalam ayat ini.
    ianya boleh difikirkan yang A adalah bukan-A;
    untuk menterbalikkannya hanyalah kembali kepada normal.
    dengan memaksa otak untuk menerima pernyataan di mana salah satu adalah kekaburan,
    yang satu lagi adalah betul,
    fungsi baru kepada otak terbentuk.
    samar samar dan misteri dan segala yang tidak
    berkesudahan adalah kandungan baru di dalam kesedaran;
    walaubagaimanapun mereka adalah keperluan hidup.
    Dengan menggunakan mereka ianya menjadi terang bersinar.
    Tiada Alasan menjadi Pengalaman.
    inilah yang mengangkat kaki penunjuk-jalan
    bagi roh kepada pengalaman ITU yang mana
    Alasan adalah berbentuk tipuan kepada dia.
    tetapi tanpa Pengalaman ayat ayat ini umpama hanyalah Kebenaran dari Dusta.
    baiklah Dusta untuk awak, dan Bohong untuk saya,
    Amat Dirindui untuk DIA, mungkin!

    BalasPadam