Rabu, 10 Jun 2009

"GEMA RONA UNGU"

adalah pintalan sutera rindu
pada menenun kasih di lembar cindai cinta
mengukir larik-larik setia di kebersamaan sorga
meniti hidup di birai takdir
bahawa wahdatul wujud,
adalah kita
taraqqi dlm rahsia dari lahut
mengungguli di samesta mayapada pd makna
Ooh bening ruh..
mengalir jernih quddus bagai salsabil
pada peraman anggur 40hari,
menitis manis bagai madu putih
bertaut di kesejatian hati nurani tulus
bersemarak wangi Di wadi mani maknikam
mencipta kemanusiaan utk di insankan,
pada kamil-mukammil lengkap melengkapi
arca cinta menyala lalu sirna dan fana,
Ooh Dia,
Ooh Aku,
dua pada makna,
SATU pd rahasia!


: QZH

3 ulasan:

  1. Salam Puspa Cendana,

    puisi sufikah ini (?),

    lihat baris cantikmu itu,

    baris 5 dan
    kedua-dua baris terakhirmu ...

    BalasPadam
  2. salam cendana
    sependapat dgn sdr zul. kali ini puisimu memasuki alam sufi.. syabas! saya sendiri belum berkebolehan berpuisi begini.. mebicarakan tentang wahdatul wujud dan sebagainya..ia memerlukan pengertian yang mendalam...

    BalasPadam
  3. bahawa kenyataan tentang kebenaran, yang hakikinya tetap SATU, bagai anda mengambil meja, kerusi dan almari, lalu anda pecahkan. Tadinya anda membilang ada 3, meja, kerusi dan almari. Lansung bila akan pecahkan, ia menjadi SATU yakni KAYU!

    BalasPadam