Rabu, 10 Jun 2009

"JALARAN UNGU"

jalaran unggu, darah rindu, menerjah....
memintal, pusar memusar ke setiap liku urat dan tulang
memamah lingkaran jiwa, pedih merintih
berkunang-kunang pandangan
dgn lukisan dgn tulisan dan igauan
menyelimut, membalut dermaga tubuh
bhw bahtera akan membelah
ombak resah yg meribut mjd gundah
labuhlah layar kasih,
biar badai menghempas meramas pulau,
aku tetap mahu berangkat
merentas adab susila manusia
yang cuma tahu mencerca
yg enggan menaakul makna&rahsia
keterasingan antara ombak dan laut
dua pada makna
SATU pd rahsia,
menyimpul misteri zaman
pd Habil dan Qabil
bhw pengorbanan adalah ulung dan teragung
walau bah besar Noh yg merubah dunia,
paksi tetap sama di ka'abah
Duhai,
kalau mazmur Daud meluruhkan daki di hati
Sulaiman tetap raja walau suapannya airmata
dari tawadhu' dlm simpuh sujud
KeEsaan adalah mutlak!
Ooh kabbala dari tgn Tuhan,
melakar bani israel dari Mesir ke Jurusalem
merona masjidil aqsa dgn biru yg sayu
pd wafat Salahhuddeen al-Ayubi
aku menangisi
kematian wujud diri
pd gementar lengkung hijau masjid nabawi
aku ilang pd rekahan naqsyabandi
mencari yg sejati
mencari
yg
suci!

: QZH

3 ulasan:

  1. Salam Puspa Cendana,

    nyata puisimu kali amat berlainan sekali temanya,

    jika diizinkan aku "lebih suka jika Puspa Cendana tidak menggunakan singkatan perkataan dalam setiap penulisan puisi kamu",seperti "yg", "tgn", "dlm", "pd" ...

    maafkan aku jika komentar ini tidak menyenangkan kamu, dan yang pasti aku menghormati cara penulisan kamu Puspa Cendana ...

    BalasPadam
  2. salam cendana
    apa yg boleh saya katakan ialah hebat!..menulis puisi sufi begini sekaligus membawa kefalsafahan yang agak berat memerlukan pentas fikir yang luas..ilmu yg merangkum saya kira...

    BalasPadam
  3. sekalong mutiara putih buat zul, hamba tunduk pd rendah kaki teguran, dengan harapan, hati hamba terus tercerahkan. Pd faziz yg terlalu memuji, hamba tiba-tiba terbisu dalam malu yang kaku!

    BalasPadam