Isnin, 8 Jun 2009

NAFAS

Di persimpangan asing ini...
tintaku melarik lagi,
tika hati digoncang kecamuk,
mendamba kasih tiada punca,
mengharap tanpa berusaha...
aku hanya mampu meluahkan,
segala-gala bebanan di kotak minda,
agar ada sedikit ruang..
untuknya bernafas dgn kalimah...
la illa ha illallah....
biar sirna segala keji,
dan akan muncul nur yg hakiki...

~pc qzh~

1 ulasan:

  1. buat cendana..
    mulus sungguh pergerakkan nafasmu
    walaupun apa yang merintang dan meresahkan
    akhirnya kita mencari hakiki
    syukur semuga nur abadi kau temui

    BalasPadam