Ahad, 14 Jun 2009

Dari kejauhan ada awan berarak perlahan
seakan sarat menakung ujan airmata
yang akan turun , membasahi selat tebrau
tidakkah kau dengar cemati api
melibas dinding rindumu?
sedang aku dalam rontaan yg di belit resah
bagaimana dapat aku melolos diri..
dari cengkaman cinta yang penuh duri..
agar tiada tusukan menikam di hati..
khabarkan padaku...
biar saja aku mengawal diri
dari sumpahan yang memakan diri
agar aku dapat terus berlari
kesuatu tempat yang penuh misteri..


;qzh~pc~

2 ulasan:

  1. Salam Puspa Cendana,

    "biarkan sahaja air mata digugurkan"

    "moga rindu di balik Selat Tebrau turut gugur bersama"

    "tiada lagi sumpahan yang ditatang hayat"

    "dan, bebas berlarian semahu hati"

    "menembusi misteri yang di hadapan diri" ...

    BalasPadam
  2. salam puspa
    kemanisan cinta itu adalah melepasi cinta yang penuh duri... aduh romantisnya..

    BalasPadam