Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Khamis, 6 Ogos 2009

KENANGAN SEMALAM...

Pada retak-retak hati ini
terlukis sebuah kenangan semalam
yang berkisar dalam desiran waktu

tika itu indah hidup bagai di sorga
sambil membilang dedaun rindu yang membara
dalam julangan api cinta kasih kita
lalu lena bersama sepoi angin kutub utara
dan..bersemarak wangian mawar yang merah menyala

kau...dalam bisikan penuh manja
berkias pada geseran puisi syahdu penuh irama dan lagu
mendayu...aku terkaku.....

tersedar dari lamunan....
terurai untaian mutiara dari kelopak mata...
membening rasa ...dalam helaan nafas
bahawa ....jejakmu akan ku cari serata dunia...


:puspa cendana

Sabtu, 13 Jun 2009

CINTA

Di gigi air kita memadu setia
pada bait-bait seloka kita bicara
sambil menyulam rindu
yang kian membara
pintalan kasih dari cemati cinta
terus menerus kita hamparkan
hingga semerbak wangian
serata alam
dan aku saat itu
bergegar pusar
chakra ajna
melantun benih kasih
menerawang ke semesta...!!


;qzh ~pc~

Jumaat, 12 Jun 2009

DARAH RINDU

Tika kau meninggalkan aku semalam,
dalam putaran waktu ,
aku termanggu seketika,
merasa hangat dua jiwa
pada kucup basah bibirku di tanganmu,
dan dekap dakap erat tubuhmu,
tidakkah kau merasa?
ada getaran di sana..
yang mengamit seribu makna,
kau seakan tidak bisa melepaskan..
dan aku pula bagai ilang ingatan
buat seketika...
beginikah rasanya cinta?
yang kau sering bicara,
makanya...
ia sangat bergelora,
dalam sukma
dari pancaran mataku dan matamu
juga genggaman tanganmu,
kehangatannya menular keurat nadi
menghambur darah rindu
yang terlalu..!!


;QZH

Ahad, 7 Jun 2009

CINTA DALAM ONAK DURI

Kenapa kau membisu kaku,
juga memekak rasa...
apakah kau telah menaakul makna...
cinta seorang aku..???
yang ingin sirna bersama??
atau apakah ia igauan cuma...

cinta seorang aku begitu dahsyat rupanya
rona-rona ranjau penuh berduri
menanti de ujung jalan
dapatkah cinta seorang aku bertahan??
walau seluruh jasad lebur dek calaran....

cinta seorang aku akan idup sepanjang zaman
andai ada santapan mengiringi kesejatian
luhuran budi, juga keimanan menambah kuat ikatan
di sulami pula untaian rindu berhamparan baldu..
agar segala-gala kasih dan cinta kekal berpautan.

cinta seorang aku...bagai seorang penyair jalanan
menagih simpati pada insan yang sudi
bila tidak di peduli ...dia akan berlalu pergi
pergi mengikut takdir yang termaktub di azali...

~pc qzh~
7/6/09
Ahad: 3:23pm

Selasa, 14 April 2009

DARI JINGGA MENJADI UNGGU

Dari jingga menjadi unggu,
ijau telah bertukar biru,
biar melilit kasih yang syahdu,
biar merenih, merintih di ufuk waktu,
jalaran rindu melatar sukmaku....

Wahai jentayu bersayap biru,
segeralah kau kepadaku,
menyambar daku ke muka pintu,
tuk bersama berlagu rindu,
biar semarak wangian kasihku dan kasihmu,
moga tumbuh merah mawar cinta...
yang menyala selamanya...

Dari jingga menjadi unggu,
ijau telah bertukar biru,
gelombang pantai ombak menderu,
buih memutih serelung kasihmu
sebening cinta jalaran rindumu..