Jumaat, 24 September 2010

...entah bila surutnya lautan rasa ...

pada sandiwara yang tercela
dek enggan bersuara
lantas hukuman ditujah bertimpa ?
jangan ..
di untaian hiba yang melanda
barangkali ada kocakan di dada ..
yang kemelutnya berselut di muara ..
entah bila surutnya lautan rasa ..
hingga gelora jiwa
seakan menghempas..
ke gigi kecewa ..
ada ketika rindu ini menolak.
memberontak ..
minta di lepas ..
agar bisa ia bertamu kembali
di persisiran hati ..
tunggulah !
wahai rindu yang SATU !


: puspa cendana

1 ulasan:

  1. senja

    senja...dan beberapa ketika nanti
    Bintang Bintang mula muncul.
    Aku akan menunggu Awak,
    di sini di tengah tengah rumpun yang berbunga jingga,
    O Kekasihku.
    Aku tunggu...tiada bintang muncul kerana kabut mula
    menyelubungi di kaki gunung.
    namun masih Aku menunggu untuk kemunculan
    Jasad Bintang Kita sehinggalah kabut yang menyejukkan
    itu seumpama emosi ku menekan aku dan segala
    alasan tiada lagi.
    wanita itu berdiri teguh dengan pedang yang sedia terhunus.
    emosi telah tiada lagi hanya kerana persepsi yang begitu jelas.
    kemudian telah Aku ingat akan kata kata Kita:
    “Tiada di dalam Satu bukannya Satu di dalam Tiada.
    Sembahlah yang Tiada dan perhatikan cahaya ku
    menaungi kamu.”
    sebegitu berpalinglah Aku di dalam fikiranku sendiri,
    dengan itu Aku dengan khusyuknya merenungnya akan
    Tiada – Bintang di dalam jiwa rohani ku sendiri.
    kemudian terbitlah Cahaya Kita seperti
    sebuah lingkaran suci,
    dan Aku menjadi kerdil untuk baring di atas dada Kita.
    tetapi Aku menawarkan hanya sebutir debu –
    - dan Aku telah rugi segala galanya dalam masa itu.
    jadi begitulah Misteri Dia yang mengdambakan
    tiada apa apa pun sebagai pengorbanan.
    senja itu kembali.

    BalasPadam