Jumaat, 24 September 2010

Jangan biarkan rindumu karam diulit mimpi ..

hitam
putih
jingga ... menyapa
kelabu ... suram
rindu berbalam
segunung kasih
selautan sayang
biar ia tenggelam
di tasik hatimu..
andai rindumu terlalu...
segeralah..
segeralah kau asapi dupamu..
serulah namanya..
pasti ia menjelma...
dalam mimpi... saat kau lena !

: puspa cendana

1 ulasan:

  1. rindu yang bermimpi

    mimpi mimpi adalah tidak lengkap kepada tidur;
    begitu juga kesedaran adalah tidak melengkapi kepada sedar.
    mimpi mimpi adalah kekotoran kitaran darah;
    begitu juga kesedaran adalah kecacatan kepada kehidupan.
    mimpi mimpi adalah tanpa keseimbangan,
    tanpa kewarasan,
    tanpa kebenaran;
    begitu juga kesedaran.
    terjaga dari mimpi, rindu itu sebegitu:
    terjaga dari sedar, Rindu adalah-Tidak Sebegitu.

    BalasPadam