Jumaat, 24 September 2010

Rindu membadai di tebing setia !

jalur jalur pelangi rindu yang teranyam
di gigi senja ...
terlukis di laman hati ..
kukuh bagai sebuah arca ..

tika daun hati mula keliru
jendela rasa kian termanggu
teraba raba menakul rahsia
pada hasrat yang sering keliru

hembusan rindu memalu
membadai tebing setia
hingga yang tinggal..
tadahnya air mata...
yang hangatnya kau riba..
yang pedihnya ..
tembus ke dada !

: puspa cendana

1 ulasan:

  1. setianya membadai rindu

    Puisi ini boleh menterjermahkan Tanpa-
    Munasabah kepada kata kata yang Munasabah.
    terangkan engkau bagaimana salji turun ke atas mereka di Andaman.
    hamba kepada alasan mengatakan puisi ini Perosak-kepada-Bahasa:
    mereka memang betul.
    bahasa dicipta untuk manusia makan dan minum,
    berasmara, bertukar tukar barang niaga, mati.
    kayanya bahasa mengandungi-di dalamya Abstrak Abstrak;
    miskinnya lidah yang bertutur mengandungi kayanya Alasan yang Jitu.
    kerana itu Yang Menulis memuja yang membisu;
    sekurang kurangnya tidak tersasar seumpama pertuturan lakukan.
    juga, Bertutur adalah simptom kepada Pemikiran.
    namun, berdiam diri adalah pihak negatif kepada Kebenaran;
    pihak positif adalah melangkauinya hatta ianya berdiam diri.
    tidak sama sekali juga, Puspa Cendana membisik “tenanglah wahai empunya diri..
    kau kini qiam dalam sedar!”
    dan hilai tawa Sedar-empunya diri pun begitu juga.

    BalasPadam