Jumaat, 24 September 2010

Seraut wajah tanpa rasa ...

pada wajah dingin ini..
masih adakah yang ingin
melihat ?
kerna wajah yang tidak berupa ..
atau seanggun bulan purnama ..
tidak juga sejelita artis ternama ..
tentulah tidak dapat kau bayangkan ...
andai paras rupa menjadi gilaan ..
potret yang ingin kau rindukan
adalah sebuah arca usang ..
yang terbelenggu dalam putaran waktu !

lukislah dalam bening dadamu..
seraut wajah yang tiada rasa ..
hambar ..
dalam racikan rona jingga
hingga kabur pandangan mata !

: puspa cendana

1 ulasan:

  1. embun

    sebaik saja Aku pulang dari membajai Taman Mawar dan ingin kembali
    ke pondok buruk ku,
    mataku terpampan akan sekilas sinar dari titisan embun seperti jejak jejak
    kecil di sepanjang laluan.
    hari masih lagi awal;
    Matahari belum lagi hendak terbit semula;
    Bintang Bintang masih lagi berkelip kelip lemahnya di angkasa.
    siapakah yang datang dulu dari Aku di dalam Taman?
    Aku mengikuti jejak embun tersebut,
    membongkok bongkok dengan itu Aku dapat melihat di setiap
    titis titis kristal refleksi sebuah bintang yang kecil.
    sebegitulah Aku datang ke kamar kekasihku,
    dialah yang memegang jambangan mawar yang telah meninggalkan
    jejak penuh bersinar perak sebagai panduan untuk ke tempat
    persembunyiannya.
    bila Aku menemui dia,
    matanya terpejam,
    apabila dia memerah wangian dari kelopak merah yang mekar
    di atas dadanya yang putih.
    sekemudian Aku menekupkan wajah ku di jambangan
    kelopak kelopak mekar itu dan Aku tidak melihat matanya
    bila dia membukanya di dalam penuh keajaiban.
    begitulah, juga, adakah Aku menurut jejak-Bintang Titisan Embun,
    yang juga Matahari terbit kembali yang melindungi Awak dari ku,
    O Kekasih Ku!
    jadi begitulah adakah Aku datang kepada Awak dan menyembamkan
    wajah ku di Dada Kita di tengah tengah Mawar Syurga.
    bahkan tidak sekali Aku berani untuk melihat kepada mata Kita Sendiri,
    hanya menemui rahsia Kita Sendiri-Embun Cinta-Penawar kehidupan.

    BalasPadam