.jpg)
Tika ini,
tirai rindu ku singkap tinggi
biar ronanya mencecah sang pelangi sepi..
Tika ini,
ranum rindu mekar di jiwa
masih terpenjara di istana jingga
menanti sang putera yang datang dengan berkuda..
Tika ini,
titik-titik mutiara beruntaian di tubir mata...
mengenang rindu yang telah tiada....
tirai rindu ku singkap tinggi
biar ronanya mencecah sang pelangi sepi..
Tika ini,
ranum rindu mekar di jiwa
masih terpenjara di istana jingga
menanti sang putera yang datang dengan berkuda..
Tika ini,
titik-titik mutiara beruntaian di tubir mata...
mengenang rindu yang telah tiada....
tika ini
BalasPadamaku dalam perjalanan
menempuh tembok-tembok halangan
mengutip rindu
salam Puspa,
BalasPadamKalau rindu sudah tiada, apa guna
menunggu putera berkuda
Hmm .. barangkali menunggu
putera katak ya :)
semalam
BalasPadamAku rindu TIADA;
Aku kehilangan TIADA;
"apa guna menunggu?"teriak engkau?
siapa yang beritahu awak, wahai manusia, yang TIADA bukannya Tika Ini, dan Aku Pelangi?
Aku musnahkan semua benda;
mereka lahir kembali dalam bentuk yang lain.
Aku putus asa dengan yang Satu;
yang Satu ini telahpun menyerahkan Bersatu untuk semua?
Aku menunggu TIADA bercakap diam akan TI untuk meRASA gembira akan ADA:
sekarang ADA sudah ada tika ini.
fikirkan jangan saya jatuh kerana Aku merindui TIADA, dan kehilangan TIADA.
Aku adalah putera katak yang ada perMATA diantara mataku,
kucuplah dahiku dan TIADA pun menunggang kuda.
Amin.
mengapa putra katak?
BalasPadamsedang aku menunggu putra berkuda...
yang berkepak...
yang bisa bawaku terbang ke kayangan...
dapatkah impian jadi kenyataan...?
mungkin iya...mungkin tidak...
"la haula wala quata illa billa hil aliulazim"