Ahad, 28 Februari 2010

SELEMBAR RINDU...

Sehari selembar rindu..
yang kau carik
pada kelopak kasihmu..
nan berona unggu..
hingga aku terpenjara
di sangkar hatimu..

Semasta jadi resah
nuansa jadi cemburu
malam dan siang jadi keliru...

Bila lembar menjadi hamparan
kan berbicara bulan yang kesiangan
entah apa gerangan diri seakan terawang
bagai bumi yang di pijak tidak terjejak...
bagai langit yang di junjung tidak tersandung...

Dan kerana itu aku patuh..
dimana dua bintang yang luruh
menjadi makna yang utuh...
dan itulah maksud yang tidak disentuh...


: Puspa Cendana

4 ulasan:

  1. salam puspa
    cantik puisimu yang ini..
    sehari selembar rindu
    kan ku jalinkan sehampar kasih untuk mu
    tunggulah aku di situ...

    BalasPadam
  2. faziz...
    aku tunggu hamparan kasihmu..
    bila lembar rinduku...ku tebar .
    wangiannya kau hidu....
    mendekatlah...

    BalasPadam
  3. jamuan-kahwin

    adanya hidangan dari sirip yu dan gamat-laut,
    cantik elok terhidang di dalam sarang burung...oh!
    juga terdapat souffle yang memang dibuat untuk Makan-Makan.
    memang aku berikhtiar untuk itu.
    tetapi aku tidak pernah merasa apa apa pun untuk menandingi yang mana telah wanita itu berikan pada ku sebelum Wanita itu pergi.
    March 2, 2010. E.V

    BalasPadam
  4. sungguh terharu...
    terima kasih...
    atas ingatanmu...

    BalasPadam