Rabu, 24 Mac 2010

Bulan Biru ..

...biar badai menghempas alam

biar gelora seluruh lautan

biar kabus membungkus malam

bulan biru tidak sekali membiarkan

jinggamu suram di lautan rasa

bulan biru akan mencengkam

sampan ratu di tengah lautan

mengalun di gelombang kasih dan sayang

terbuai asyik di pelabuhan menanti...


(dari anginretak untuk p.a)

: Puspa Cendana

1 ulasan:

  1. ramai angkasawan menyindir

    alam menawarkan kebahagiaan
    tetapi Dia tidak akan menyintai lagi
    manakala Aku tak berani untuk berkata tidak
    tetapi Aku akan beroleh bahagia juga
    jikalau Aku berupaya juga untuk membuat hanya Dia menyintai Aku
    itulah ia sebagaimana Aku mengakui bahawa Aku sekali kali berada di bulan biru....

    BalasPadam