Sabtu, 18 Disember 2010

AKU !

Aku
terpaku..melihat engkau melangkah pergi
tidak berpaling lagi..
meninggalkan aku di persimpangan sunyi..

Aku
terkelu..hati merintih sayu
membuat engkau kecewa lagi
sedangkan hati nanar menahan rindu..

Aku
terkedu..jiwa merintih pilu...
kerana menyayangi mu sekadar di batasan waktu
tak mampu aku berikan kasihku
walau telah kau curi segenap jiwa raga itu..

Aku terseksa dibuai rindu
yang tak pernah hilang dan semakin membeku
dan tak jemu aku merinduimu..

Dan untuk itu..
maafkan aku wahai kekasih hati
kerana membuat engkau bersedih lagi
tak pernah ku pinta jadi begini
namun kasihmu..tetap ku simpan dalam lipatan hati...

2 ulasan:

  1. semacam terasa ada hubungan puisi ini dengan puisiku...mungkin aku perasan...namun begitu dunia puisi maya...mungkin..

    BalasPadam
  2. emm..mungkin..

    dunia yg tiada sempadan, memungkinkan itu..

    BalasPadam