Jumaat, 17 Disember 2010

Jalur Cahaya ..


Yang ber-Jalan, Kau se-akan,
unggas-unggas malam di dahanan
diam & pejam mena'akul alam
menyerap keajaiban getar rindu
dan tashdiq-kan bertalu-talu
Ya Hu Ya Hu.....!

pada jalur cahaya yang menyinar di depan
tika aku menaakul malam yang itam
mencari getar dalam rindu wangian sorgawi
terlilit qalbu diulit pasrah hingga nantinya tiada apa-apa
hanya Dia meresap dalam dada !

saat itu segala kepingan rindu pada kenangan lalu
menjauh, jauh, jauh dan terus hilang dalam kelam malam
yang tinggal desir-desir yang mengetir
yang merangkul jasad menjadi satu !
menyimpuh pada gerbang rindu
menyimpul segala kasihku biar syamil !

pada sua & temu
aku mengikut jejakmu dari dulu
namun antara tapak ke tapak memadam jejak
hingga aku keliru mana satu arah dituju ...
biar longlai langkah meningkah ..
aku yang dulu tetap bersatu pada kasih MU !
merentas setiap ruang waktu
mencari karomah dalam lingkaran kamil
agar Rabithoh sudi mengundang aku ke gerbang fana .

Ku-himpun segunung cinta yang menyala
untuk membakar kita
memadu kasih dan cinta pada Dia !
kau pimpinlah aku ke titian..
musyahadah muqobilLah hingga sirna
dan aku menjejakimu di SANA
dalam hening-cipta
kebaqaan kita
di Liqa ...

:puspa cendana

2 ulasan:

  1. salam...menikmati puisi yang baik dan mengesankan ini....dibungai dengan bahasa yang kreatif...syabas

    BalasPadam
  2. salam..terima kasih atas kunjunganmu..

    BalasPadam