Jumaat, 24 Disember 2010

Jangan Biarkan Aku ...


jangan Engkau tarik tabir unggu dari rinduku
nantinya akan tersiksa menanggung derita
yang menyesak dada kerana
cintaku padaMu enggan berganjak..
walau setapak !
hari demi hari berlalu..
terlalu pantas..
hingga warna putih yang memutih di ubun..
terserlah tanpa rahsia ..
itu petanda, duniaku hampir ke hujungnya..
saat ini bahgia menggetuk kamar dada
kerana aku tidak dipinggirNya !
dalam melewati..batas-batas senja
karomah Dia begitu mendekat..
hingga qalbu terpikat
erat !

2 ulasan: