Sabtu, 29 Januari 2011

Penyairku


bila rinduku tanpa sedar menyala
menjadi api kasih
membakar kujur diri tanpa henti
sehingga yang tinggal hanya hati
dengan satu impi
bahawa engkau dan aku
menjadi satu diri
yang abadi..

penyairku,
tintaku hilang warna
pada lidah puisimu yang basah
aku tercari-cari sulaman makna
kalau-kalau ada cebisan cinta
yang mengalir bersama ke pelabuhan sepi
dan kau ada di sana
tika aku bertafakur dalam sejat yang Agong
dan kita pun menghanyut
pada cahaya bulan biru !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan