Khamis, 9 April 2009

BAYANGAN

aku sentiasa berada de sebalik awan mendung
menunggu-nunggu kecerahan......

mempamir wajah
agar dapat ku lolosi dari belitan resah
biar berderai untaian rindu yang mendesah
kerana ...

kongkongan istana jingga
membuat aku terlena dalam jaga
bagaimana mungkin dalam kelam yang suram
akan terlihat bayangan indah?
yang pastinya ia tidak terlalu mudah
untuk kau merungkai sebuah madah

yang penuh helah.....

*Hakcipta Terpelihara PUSPA CENDANA 2009*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan