Jumaat, 10 April 2009

BILA ITU DI NAMAKAN CINTA


De rembang senja...
yang mula merona ,
kau membisik bicara,

yang syahdu tentang cinta..
pada pertemuan kita.....

begemersik ,
membuai rasa..
meruntun jiwa..
pada rindu yang mekar

mewangi bak kasturi
mengalun lembut lalu menghampar
menjadi cairan kasih yang memutik
bunga-bunga cinta yang meng-unggu
lalu bertukar menjadi asmara
yang mula membiru....


*Hakcipta Terpelihara PUSPA CENDANA 2009*

3 ulasan:

  1. Puspa cendana
    Saya suka sajak ni. kenapa unggu bertukar biru?

    BalasPadam
  2. jurnal alam..


    bila rindu di kata unggu
    bila cinta di kata biru
    biar puisi terus berlagu
    dgn irama pilu mendayu
    bila rindu mula mengebu
    maka kasih dan cinta pun bersatu
    tidak mustahil unggu boleh bertukar biru
    kerna kedua-dua rona ini bagai irama dan lagu..

    BalasPadam