Rabu, 8 April 2009

MEMORI LALU



dari sebuah memori lalu..
kan ku biarkan hati menyejat beku..
bagai sesejuk salju..
biar aku menanti cintamu d ujung waktu
biar nyawa dan jasad terus mengkaku..
de persada waktu membilang unggu..

aku tahu masamu tidak menentu,
namun biarkan jalaran rinduku
membelit nalurimu walau sedetik cuma..
tuk aku jadikan penawar tika kau tiada
bagai suatu azimat penyisih luka..
agar jiwaku tidak menanggung siksa...

hayatilah bicara tinta piluku ini
buat seorang teman yang pernah aku kenali
juga pernah aku rindui...
saat itu ....kasih mulai bersemi..
aku bagai pari-pari yang meniti di atas pelangi
menadah harapan mengamit simpati...
hingga aku terlena dalam jaga
bahawa aku berada di dalam istana jingga
yang penuh dengan rahsia...



*Hakcipta Terpelihara PUSPA CENDANA 2009*

2 ulasan: