Khamis, 2 April 2009

Mencari Makna Rahsia......

Tika aku masih meraba mencari makna,
tika aku cuba merungkai rahsia,
kau datang bawa rona unggu di jiwa,
membilang tasbih cinta,
de sebalik bayangan jingga,
aku jadi dunggu....seketika,
semakin aku meraba mencari makna,
namun makna penuh dengan dilema,
semakin aku merungkai rahsia,
namun rahsia menyejat di tutup cahaya,
bila sulaman rindu melebur....
lalu memintal menjadi buih cinta,
menitik di atas pelangi jingga,
aku tersungkur di dalam...rahsia yang berganda.....!!!!


~Puspa Cendana~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan