Isnin, 22 Februari 2010

ENTAH....

Entah kenapa...
ingin ku gapai bulan yang di angkasa raya..
kerna sinarnya menyilau jendela rasa..

entah kenapa...
inginku punya bulan yang ceria di maya pada..
kerna riangnya membuat aku terpaku pesonanya..

entah kenapa..
inginku dekap dakap erat bulan ke ribaan..
kerna kasih dan sayangku bukan pualam...

entah kenapa..
inginku bicara tika itu...
namun terkunci sudah segala kata..
hanya bisu dan kaku..
menghilir ke muara kelam penuh balam...


: Puspa Cendana

2 ulasan:

  1. cakap cakap-angkasawan

    o entah yang berada di atas laluan,
    palsu adalah menggapai bulan di angkasaraya yang entah paling cari.
    bila entah telah memilikinya entah pasti tahu segala kepahitan,
    gigi kita terbenam di buah-khuldi.
    oleh itu entah telah pun digoda sepanjang laluan itu,
    yang mana yang boleh digapai telah pun memandu awak lebih jauh lagi.
    o entah yang berjalan pantas di tengah laluan,
    tiada mempunyai bulan memaki awak.
    demi berjalan pantas lebih cepatlah entah berjalan.
    begitulah entah yang di goda di sepanjang laluan,
    yang mana mendakap bulan telah pun memandu awak lebih jauh lagi.
    o entah yang telah berjalan ke arah hujung jalan,
    ikhtiar tidak perlu lagi.
    cepat dan lebih cepatlah entah jatuh;
    kebimbangan kita bertukar menjadi Istirehat Yang Panjang.
    kerana tiada lagi Entah di atas Laluan:
    entah telah pun menjadi Jalan.

    BalasPadam
  2. dan..
    entah kenapa
    puisimu selalu kutunggu-tunggu

    BalasPadam