Khamis, 4 Mac 2010

Alam Yang Masih Bergetar

Tika ini..hati penuh marah
tika ini.. hati penuh benci
tika ini.. hati penuh dendam
kenapa?
di penjuru masa sana
ada bicara menikam belakang
hingga..tembus ke dada..
tusukan berbisa yang lukanya..
tidak berdarah..

Bila roda alam berputar
mungkin terhakis segala kudis
namun hitamnya lumpur menyalut masa..
tidak bisa mencorak jernih
apa yang terurai tika alam bergetar....


: Puspa Cendana

3 ulasan:

  1. Tidak mengapa jika luka itu tidak berdarah.

    BalasPadam
  2. roda dan-rota!

    roda samsara yang agung.
    roda hukum [dhamma].
    roda alam.
    roda syurga syurga.
    roda kehidupan.
    semua roda ini jadi satu;
    namun semua ini Roda Alam tertonjol secara sedar dengan sendirinya.
    bertafakur lama lama dan jauh dan dalam dalam,
    O manusia, atas Roda ini,
    berputar putarkannya dalam minda kita!
    jadilah sebegini sebagai tugas kita,
    untuk melihat bagaimana setiap satu puisi muncul ketika perlu
    dari puisi Kotak Kosong hinggalah puisi Cinta Seorang Aku.
    kemudian, bila engkau paling mengetahui yang Roda Takdir itu sempurna,
    mungkin engkau boleh menerima Niat ITU yang bergerak dulu. [ianya tiada yang mula atau akhir]
    dan lihatlah! engkau telah pun melepasi di Penjuru Masa Sana.

    BalasPadam