Rabu, 3 Mac 2010

PENTAS INI

Pentas kehidupan
yang kita teroka lamannya
yang kita selusuri lembah dan lurahnya
yang kita harungi badai kencananya
yang kita usung segala pahit maungnya
yang terkadang ..
kedukaan membawa seribu rahmat
mengalir segala nikmat...


Pentas ini
kita jelejah bersama
kita tebas segala belantara
kita carik bumiNya
kita junjung langitNya
ada kita syukur padaNya?
megahnya kita ..
hingga mata kanan tidak nampak mata kiri
batu pun di sepak angkuh...


: Puspa Cendana

4 ulasan:

  1. pentas adalah ruang yang diberi tuhan
    bergeraklah seadanya
    bernafaslah seadanya
    jangan angkuh dan sombong
    kerna kita hanya hamba yang diberi pentas
    sekedar cuma...

    BalasPadam
  2. salam puspa,

    Pentas ini, di sini adalah lakonan,
    akhirat jua kekal abadi dan real

    BalasPadam
  3. pembuli aku

    sesetengah manusia melihat di dalam minda di dalam memori memori mereka,
    dan menemui hanya tiada ada apa apa kecuali kesakitan dan malu.
    ini kemudian diisyhtiharkan sebagai "Rukun Yang Baik" kepada kemanusiaan.
    ini syarahan yang terlepas cakap, "nilai murni",
    pengecut di dalam setiap apa sahaja bentuk.
    ini meratap hiba selama lamanya.
    puas dengan diri sendiri, gigi rongak, penyampai risalah suci yang botak, Sang Pertapa yang tiada sivik,
    kemari kau dekat dengan ku?
    Aku ada muslihat untuk membuat kamu diam,
    O kau yang berbuih di mulut!
    alam semulajadi adalah suatu pembaziran;
    tetapi bagaimana Wanita itu boleh menggunakannya seelok eloknya.
    alam semulajadi adalah palsu;
    malah Aku juga menipu diri sendiri.
    alam semulajadi adalah tidak berguna;
    lalu bagaimana boleh cantiknya wanita itu!
    alam semulajadi adalah kejam;
    tetapi Aku juga seorang yang Sadis.
    permainan tetap juga diteruskan;
    ianya mungkin menjadi agak kasar untuk Sang Pertapa,
    tetapi ianya (jika ada apa apa)terlalu bodoh untuk saya.

    BalasPadam
  4. ye,,,begitu sadis.....
    memperli alam untuk kau melepas dendammu...

    terima kasih, beast....
    kamu hebat..!

    BalasPadam